Anwar kesal AS, Eropah bersikap dingin usaha hantar bantuan ke Gaza

Anwar kesal AS, Eropah bersikap dingin usaha hantar bantuan ke Gaza

KAHERAH: Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata perkara utama perlu dilakukan semua pihak termasuk kuasa besar bagi meredakan sementara konflik yang meruncing di Gaza ketika ini ialah menghentikan serangan di kawasan itu.

Anwar berkata pembunuhan kanak-kanak, wanita, dan rakyat Palestin yang tidak berdosa di Gaza mesti dihentikan.



“Malaysia bukanlah negara besar, bukan negara Arab, bukan negara Teluk yang berjiran dengan Palestin. Tetapi kita bertanggungjawab menyuarakan hati nurani umat dan rakyat Palestin,” katanya ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra dengan diaspora dan pelajar Malaysia di Mesir, malam tadi.

Majlis yang dihadiri kira-kira 1,200 rakyat Malaysia itu antaranya turut dihadiri Menteri Luar Zambry Kadir, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Khairul Firdaus Akbar Khan, Duta Besar Malaysia ke Mesir, Zamani Ismail dan pegawai kedutaan Malaysia di Kaherah.

Anwar berkata, beliau juga kesal kerana negara kuasa besar seperti Amerika Syarikat dan Eropah seolah-olah “tidak mempunyai masa” untuk menghentikan kezaliman, penindasan, dan pembunuhan terhadap rakyat Palestin di Gaza selain bersikap dingin terhadap usaha penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Dalam perkembangan lain, Anwar berkata beliau memberi kebebasan sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam menjalankan tanggungjawabnya membanteras gejala rasuah di negara ini.



Ketika menjawab pertanyaan diaspora pada majlis ramah mesra itu, Anwar berkata beliau yakin gejala rasuah di negara ini boleh diatasi dengan sokongan semua pihak termasuk pemimpin tertinggi negara tidak terkecuali perdana menteri, perlu mengelak menggunakan kedudukan untuk mengumpul kekayaan.

Anwar kini berada di Kaherah dalam lawatan kerja dua hari ke Mesir dan hari ini beliau dijadual menghadap Presiden Mesir Abdel Fattah El-Sisi di Istana al-Ittihadiya.

Perdana Menteri turut dijadual mengadakan kunjungan hormat ke atas Imam Besar Al-Azhar Sheikh Ahmed el-Tayeb sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur. FMT

Anwar kesal AS, Eropah bersikap dingin usaha hantar bantuan ke Gaza



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dulu Pelakon Kini Pramugara



Ingat saya lembik – Shila Amzah

Transgender dipantau tentera saat tunai umrah (Video)



Wanita tayang punggung, payudara di Sabah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker