Hafiz Mahamad influencer paling gempak

Hafiz Mahamad influencer paling gempak

Pempengaruh Hafiz Mahamad dinobatkan sebagai pemenang utama Anugerah Gempak Most Wanted sekali gus membuktikan dirinya sebagai individu paling berpengaruh dalam media sosial.

Selain anugerah utama, Hafiz turut membawa pulang anugerah bagi kategori Digital Influencer Tergempak.



Ketika diumumkan sebagai pemenang, Hafiz yang terkenal menerusi konten motivasi dan kerja amal tidak menyangka diangkat sebagai individu paling berpengaruh dalam media sosial.

“Alhamdulillah, terima kasih kepada yang menyokong dan menyukai konten-konten yang saya kongsikan dalam media sosial.

“Semoga usaha saya mengangkat darjat wanita (isterinya), agama dan imej pempengaruh memberi inspirasi kepada semua,” ujarnya.

Usai kemenangan, Hafiz turut mengumumkan berita baik iaitu akan memberi cuti selama sehari dan bonus kepada para pekerjanya yang selama ini tidak henti-henti memberi sokongan.



Menerusi penganjuran buat julung kalinya Anugerah Gempak Most Wanted yang berlangsung di Dewan Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini malam tadi turut menyaksikan pesohor media sosial, Sofyank diangkat sebagai pemenang anugerah Anugerah Gempak All Of Fame.

Dalam acara sama, kumpulan wanita terkenal Dolla membawa pulang dua trofi iaitu Lagu Trending Tergempak dan Video Muzik Tergempak yang masing-masing menerusi lagu Bad.

Pelakon Meerqeen pula menepati ramalan ramai dengan membawa pulang Anugerah Video Trending Tergempak menerusi video viral #swipechallenge dan Drama Trending Tergempak menerusi drama Melur Untuk Firdaus lakonannya bersama Anna Jobling.

Penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza turut diumumkan sebagai pemenang bagi kategori Selebriti Digital Tergempak, manakala Digital Content Creator Tergempak menjadi milik Ryan Bakery.



Motivator Digital Tergempak dan Personaliti Gamer Tergempak pula masing-masing menjadi milik Cikgu Fathi dan Kambing Golek.

Anugerak Gempak Most Wanted yang diacarakan oleh pengacara Elly Mazlein, Amelia Henderson, Radin dan Sean Lee.

Anugerah malam ini turut diserikan dengan persembahan oleh Marsha Milan, Misha Omar, Bunk Face, Alyph dan Dolla. K Online

Hafiz Mahamad influencer paling gempak



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pukulan KO Jojo tumbangkan lawan hanya dalam 16 saat



Ini kata Erra tentang krisis rumah tangga bekas suaminya

Hafidz Roshdi dituduh mental dan psiko, masih berminat komen IG bekas isteri



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker