Perokok masih tiada otak, lebih 1,000 dikompaun berjumlah RM320,500

Lebih 1,000 perokok di negeri ini dikompaun RM320,500 oleh Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) selepas dicekup merokok di kedai makan, sehingga 9 Julai lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, secara keseluruhan sebanyak 1,368 kompaun bernilai RM326,000 telah dikeluarkan di bawah Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004.

Katanya, sebanyak 1,304 kompaun bagaimanapun dikenakan kepada lebih 1,000 perokok tegar di negeri ini yang melakukan pelbagai kesalahan terutama menghisap rokok di dalam premis kedai makan atau restoran.

“Sehingga 9 Julai lalu sebanyak 1,386 notis dikeluarkan di bawah PPKHT 2004 melibatkan pelbagai sembilan kesalahan.

“Kesalahan tertinggi adalah merokok di kawasan larangan sebanyak 683 notis dan diikuti merokok di kawasan Melaka Bebas Asap Rokok (MBAR) 491 notis,”katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan Operasi Mega Penguatkuasaan Kawalan Hasil Tembakau di Ayer Keroh di sini, semalam.

Mengulas lanjut beliau berkata, dalam penguatkuasaan JKNM itu, turut dikesan adalah tindakan segelintir peruncit yang menjual rokok kepada pelajar sekolah dan remaja di bawah umur 18 tahun.

“JKNM turut mengeluarkan 130 notis terhadap remaja yang dikesan merokok atau memiliki hasil tembakau.

“Kesalahan-kesalahan lain adalah gagal mempamer tanda larangan merokok di premis sebanyak 28 kes,” katanya.

Muhamad Akmal berkata, dalam operasi Operasi Mega Penguatkuasaan Kawalan Hasil Tembakau itu, JKN turut mengeluarkan 104 notis kesalahan melibatkan kompaun berjumlah RM29,750 terhadap pelbagai kesalahan

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tangkapan ikan gergasi ‘oarfish’ cetus kepercayaan gempa dahsyat bakal menyusul

Ambulans terbalik dilanggar jururawat

PH silap besar bila iktiraf tuntutan Sulu – Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker