Mesin kira kehadiran jemaah ke masjid kini dipasang

 

SEREMBAN: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) sedang melaksa­naakan penggunaan mesin kiraan kehadiran jemaah ke masjid bagi tujuan pengumpulan data.

Menjadi satu-satunya mesin seumpamanya di negara ini, ia salah satu kaedah kiraan jemaah ke masjid selain penggunaan kiraan secara ma­nual yang dijalankan oleh ahli jawatankuasa sesebuah masjid sebelum ini.



Pengarah JHEAINS, Datuk Mohd. Zaidi Ramli berkata, penggunaan mesin berkenaan adalah selari dengan Pelan Pe­ningkatan Jemaah Masjid Negeri Sembilan (Jemaah) 2023-2024.

Jelasnya, ia diwujudkan bagi menye­marakkan lagi aktiviti solat berjemaah selain mengoptimumkan usaha pe­ningkatan jemaah masjid.

“Mesin ini dapat mengimbas keluar masuk jemaah ke ruang masjid termasuk mengkategorikan kanak-kanak mahupun orang dewasa. Data dan bila­ngan tersebut kemudian akan dibekalkan secara langsung dan terus ke dalam satu sistem dan ia boleh dilihat menerusi aplikasi di dalam telefon pintar.

“Menerusi pelan yang kami wujudkan itu, setiap masjid akan menghantar jumlah kehadiran jemaah mereka pada setiap waktu solat, penggunaan mesin ini salah satu usaha yang dapat membantu pihak masjid untuk tujuan berkenaan.



“Berdasarkan data yang diperoleh, pelbagai program boleh dirangka oleh pihak jabatan dan masjid termasuk menerusi program yang sedia ada di dalam pelan berkenaan bagi meningkatkan kehadiran jemaah,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Tambah Mohd. Zaidi, buat permulaan, mesin dikenali dengan nama Smart Jemaah tersebut dipasang di lapan buah masjid di negeri ini dan kemudiannya akan diteruskan di masjid-masjid lain mengikut kemampuan sesebuah masjid tersebut.

“Tahun lalu berdasarkan data yang dikumpulkan kehadiran secara purata jumlah jemaah bersolat jemaah di masjid-ma­sjid di Negeri Sembilan adalah seramai 52,000.

“Menerusi pelan yang kami sediakan tersebut, sasaran di­letakkan adalah dengan peningkatan 100 peratus iaitu seramai 124,000 orang jemaah pada tahun ini,” kata­nya.



Mohd. Zaidi berkata, mesin kiraan jemaah tersebut hasil ciptaan inovasi pensyarah dan pelajar Kolej Komuniti Kuala Pilah yang telah memenangi pertandingan inovasi dianjurkan JHEAINS pada 2019.

“Mesin ini akan terus ditambah baik dari semasa ke semasa dengan harapan suatu masa nanti inovasi tersebut bukan sahaja dapat mengira kehadiran jemaah malah dapat mengenal pasti jemaah masjid mengikut kategori seperti lelaki mahupun wanita serta usia jemaah,” katanya. – UTUSAN

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kalau Shuib buat perangai, Watie sedia hadapi dugaan



Mira dedah cerita cinta dengan View Chin

Ameera Khan jadi pengantin tahun depan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker