CEO, tiga pegawai lain syarikat ubat batuk bawa maut dipenjara

Mahkamah Indonesia hari ini menjatuhkan hukuman penjara ke atas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan tiga pegawai lain sebuah syarikat ubat batuknya yang dikaitkan dengan kematian lebih 200 kanak-kanak kerana melanggar undang-undang keselamatan ubat-ubatan, kata peguam syarikat itu.

Syarikat tempatan, Afi Farma, didakwa mengeluarkan sirap batuk yang mengandungi bahan toksik berlebihan dan pendakwa raya mendakwa empat pegawai itu secara ‘sedar’ tidak menguji ramuan terbabit, walaupun mempunyai cara dan tanggungjawab untuk berbuat demikian, menurut kertas pertuduhan.

Peguam syarikat itu, Reza Wendra Prayogo, berkata mereka menafikan kecuaian dan syarikat terbabit sedang mempertimbangkan untuk membuat rayuan.



Pegawai itu termasuk CEO, Arief Prasetya Harahap, dijatuhi hukuman penjara dua tahun oleh mahkamah di bandar Kediri, di wilayah Jawa Timur, tempat syarikat itu beroperasi.

Pendakwa raya yang memohon hukuman penjara sehingga sembilan tahun terhadap tertuduh berkata, Afi Farma tidak menguji bahan yang dihantar pembekalnya sebaliknya bergantung kepada sijil yang diberikan kepada pihaknya berhubung kualiti dan keselamatan produk.

Oktober lalu, Reza memberitahu Reuters, Agensi Pengawasan Ubat dan Makanan Indonesia (BPOM) tidak memerlukan pembuat ubat-ubatan melakukan ujian ketat terhadap bahan dalam pembuatan.

Kes itu berlaku ketika usaha berkembang di seluruh dunia untuk mengetatkan pengawasan rantaian bekalan ubat-ubatan selepas gelombang keracunan dikaitkan dengan sirap batuk tercemar yang membunuh berpuluh-puluh kanak-kanak di negara seperti Gambia dan Uzbekistan. – REUTERS



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Achey guna populariti anak demi lariskan bisnes?



Penyertaan dalam FD3 macam sampah, ini kata Ryan Bakery

Nabil gurau ‘face shaming’ pulak kali ini



Leona dikecam nampak lurah, Azhar Sulaiman ‘back up’



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker