Selesaikan masalah rantaian bekalan, bukan harga ayam – bos Mydin

Selesaikan masalah rantaian bekalan, bukan harga ayam – bos Mydin

Ahli perniagaan terkemuka Ameer Ali Mydin menyindir harga siling ayam yang baru diumumkan hari ini dan berkata, ia tidak membawa sebarang perbezaan memandangkan masalah dalam rantaian bekalan masih berlaku.

Awal hari ini, kerajaan mengumumkan harga siling baharu ayam, dengan harga dihadkan pada RM9.40 sekilogram mulai Jumaat. Pada masa ini, ayam keseluruhan standard dihadkan pada RM8.90 sekilogram.



Ameer, yang merupakan Pengarah Urusan Pasaraya Besar Mydin berkata, kerajaan mesti mengutamakan bekalan ayam di pasaran berbanding harga.

“Dengan harga siling baharu, mustahil bekalan ayam di pasaran bertambah baik.

“Keadaan tidak akan berubah dengan harga siling baharu selagi kita terus mengalami kekurangan bekalan,” katanya kepada FMT.

Bagaimanapun, Penasihat Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM) Jeffrey Ng berkata, sebagai pengguna, beliau bersyukur kerana kerajaan menetapkan harga siling baharu.



“Saya amat menghargainya kerana ia jauh lebih berpatutan berbanding harga di negara lain seperti AS, di mana harga ayam adalah kira-kira USD3.50 (kira-kira RM15.40) sekilogram,” kata Ng kepada FMT.

Tetapi sebagai seorang petani, katanya, beliau mahukan penjelasan lebih lanjut daripada kerajaan mengenai struktur kos dan mekanisme subsidi, yang masih belum diumumkan.

“Pada ketika ini, kita hanya tahu harga siling. Jadi, kita perlu tunggu mereka memberi penjelasan.”

Ng, bagaimanapun, menyatakan bahawa petani kini lebih yakin kepada kerajaan, kerana mereka telah memudahkan petani untuk memohon subsidi.



“Mereka telah menyelesaikan banyak isu. Kami kini boleh menghantar permohonan dalam talian, dan bilangan dokumen yang diperlukan telah dikurangkan daripada 13 kepada hanya tiga.

“Pada pusingan terakhir kelulusan minggu lalu, kira-kira 1,750 permohonan telah diluluskan.” FMT

Selesaikan masalah rantaian bekalan, bukan harga ayam – bos Mydin


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mahathir biadap! Tunjuk angkuh dengan Sultan Johor

‘Hotel terbang’ tawar percutian di udara (Video)



Kasut sekolah berharga RM15,000



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker