Zahid ikrar PRU-15 jadi mimpi ngeri buat katak politik dan musuh UMNO

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

 

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan menjadi mimpi ngeri buat musuh-musuh UMNO terutamanya bekas-bekas pemimpin yang melompat keluar meninggalkan parti itu.

Katanya, bekas pemimpin UMNO yang melompat parti bakal ‘dihukum’ oleh pengundi yang menyokong mereka sebelum ini dan mendakwa kini ramai dalam kalangan mereka takut tewas serta ditolak rakyat kerana prestasi buruk di kawasan masing-masing.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu menambah, PRU15 akan membuktikan terdapat kesepaduan UMNO dan BN yang mempunyai mekanisme jentera di pelbagai lapisan di akar umbi.



“Kita tidak gentar di sebalik cubaan pihak tertentu yang cuba menganggu-gugat kesepaduan parti ini kerana takut dan tidak senang dengan pemulihan dan kebangkitan UMNO,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya pada Sabtu.

Menurutnya, gelombang ‘UMNO ialah keluarga kita’ akan terus diperkasakan untuk memastikan setiap keluarga besar ahli-ahli UMNO menyertai parti itu secara automatik.

“Dengan ahli 3.4 juta kalau digandakan dengan lima ahli keluarga kita sekurang-kurangnya, kekuatan UMNO mengatasi kekuatan asas UMNO.

“Setiap lapisan PDM (pusat daerah mengundi), cawangan dan bahagian perlu membina asas kekuatan ini. Atas prinsip ini jika ahli UMNO bersatu hati dan parti komponen BN bersifat realistik dan bergerak berdasarkan fakta dan data, BN akan kembali teguh dan ampuh.



“Begitu juga gelombang ‘Keluarga kita BN’ perlu digerakkan secara bersepadu untuk menggandakan kekuatan BN dan kesemua ini perlu dilakukan dengan tekad yang kuat dan semangat perjuangan yang luhur,” ujarnya.

 

Artikel Berkaitan:

 

Sementara itu, Ahmad Zahid turut bersyukur atas keputusan mahkamah pada Jumaat yang membuat keputusan membebaskan 40 pertuduhan terhadapnya.



“Selama ini saya telah dilabel dengan pelbagai persepsi negatif untuk memperlekeh, memperkecil, menolak UMNO keseluruhan dan juga cubaan untuk menolak saya selaku Presiden UMNO dan Pengerusi BN kerana mereka tahu, tanpa saya, UMNO lebih mudah diperkotak-katikkan sesuka hati mereka.

“Misalnya ada yang sengaja menggunakan label kluster mahkamah kepada saya, namun tidak pula menggunakan label tersebut kepada pemimpin pembangkang. Sikap ‘double standard’ ini mencerminkan wajah sebenar musuh politik kita.

“Pengalaman saya dikenakan oleh musuh politik menjadikan saya lebih matang, muhasabah diri, belajar mengenali musuh luaran dan musuh dalam selimut. Saya boleh maafkan tapi saya tidak akan lupakan sebagai pengajaran asam garam politik,” katanya.

 



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Longgok rumput depan rumah jiran, dua lelaki bergaduh sehingga berdarah [VIDEO]

Tunggu Kat Akhirat Fun Ke Tak – Izara Aishah

Gol berkelas dunia Luqman [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker