6 pelajar MRSM Sultan Azlan Shah positif Covid-19

6 pelajar MRSM Sultan Azlan Shah positif Covid-19

PARIT BUNTAR: Seramai enam pelajar Tingkatan 5 Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah di Kuala Kangsar, dilaporkan positif Covid-19 seperti disahkan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak, Mohd Akmal Kamarudin.

Menurutnya, kes itu berlaku pada 29 Nov dan ia dimasukkan bawah Kluster Jalan Kuala Kangsar, Gerik.



Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia Perak Ahmad Saidi Mohamad Daud, berkata beliau masih menunggu laporan secara terperinci daripada Kementerian Pendidikan, KKM dan Majlis Amanah Rakyat (MARA).

“Kes ini sedang disiasat dan setakat ini segala bentuk tindakan kita serahkan kepada Kementerian Pendidikan,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Program Penyerahan Bantuan Mahasiswa Perak 2.0 peringkat Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kurau.

Terdahulu, pada program itu Saidi berkata seramai 32 orang mahasiswa menerima bantuan RM150 bagi kegunaan pembelajaran daripada Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK).

Saidi berkata, sebanyak 11,000 daripada 20,000 permohonan bantuan diterima PASAK telah diluluskan, dan setakat ini hanya 2,000 orang sahaja mahasiswa dipilih menerima bantuan itu. FMT



6 pelajar MRSM Sultan Azlan Shah positif Covid-19


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Mental jangan koyak – TMJ (Video)



‘Siapa kecam aku, berdosa, berdosa’ – Lelaki tak jadi berbogel kerana JDT kalah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker