Wanita hamil maut, 5 lagi parah kemalangan 3 kenderaan

Wanita hamil maut, 5 lagi parah kemalangan 3 kenderaan

Tawau: Seorang wanita hamil maut manakala lima yang lain cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan, di Kilometer 45, Jalan Apas, berhampiran Kampung Nasib Kita, dekat sini, hari ini.

Dalam kejadian 1.52 tengah hari itu, mangsa Noor Aqila Ibrahim, 27, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.



Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Peter Umbuas berkata, kemalangan membabitkan tiga kenderaan, masing-masing dua Toyota Vios dan sebuah Proton Saga.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila kereta Vios berwarna biru dipandu suami mangsa, Wan Ramzi Wan Omar, 27, dari arah Tawau menuju ke Semporna secara tiba-tiba hilang kawalan.

“Kenderaan dinaiki pasangan suami isteri itu kemudiannya merempuh pembahagi jalan sebelum memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan sebuah lagi Toyota Vios berwarna merah.

“Pada masa sama, kereta Proton Saga (e-hailing) yang berada di laluan itu tidak dapat mengelak lalu merempuh kereta dinaiki mangsa,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.



Beliau berkata, akibat kemalangan itu, empat mangsa menaiki kereta Proton Saga iaitu Kuhan Neelamegan, 29, mengalami pendarahan dalaman, Vasanthakumar Segaran, 29, dan Shalini Thiagarajan, 30, masing-masing lebam kaki kiri manakala pemandu Al Hafiz Mohd Basir, 26, turut parah.

Peter berkata, pemandu Toyota Vios berwarna merah lelaki berumur 61 tahun bersama seorang penumpang lelaki berusia 66 tahun bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya, semua mangsa yang cedera dihantar ke hospital Tawau menggunakan ambulan untuk rawatan lanjut.

“Siasatan lanjut masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.



Sementara itu, Ketua Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Tawau, Julius John Stephen Jr berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 1.57 tengah hari.

Katanya, sepasukan tujuh anggota bersama sebuah jentera dan van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi kejadian bagi membantu mangsa.
HM

Wanita hamil maut, 5 lagi parah kemalangan 3 kenderaan


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU

Mental jangan koyak – TMJ (Video)

‘Siapa kecam aku, berdosa, berdosa’ – Lelaki tak jadi berbogel kerana JDT kalah



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker