Kos ECRL kekal RM50.27 bilion – Wee

Kos ECRL kekal RM50.27 bilion – Wee

Kos pembinaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) kekal pada RM50.27 bilion biarpun selepas kerajaan Selangor meluluskan cadangan Jajaran Utara ECRL Seksyen C, kata Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong.

Menurutnya, keputusan kerajaan Selangor itu akan memuktamadkan pembinaan jajaran ECRL sejauh 665km yang merangkumi 59 terowong serta beberapa jejambat dengan panjang keseluruhannya 127km.

“Anggaran kos RM50.27 bilion ini mengambil kira kerja-kerja terowong berkembar Genting sepanjang 16.39km yang menggunakan dua mesin pengorek terowong (TBM) canggih serta Terowong Serendah sepanjang 14.10km melalui kaedah letupan dan gerudi.

“Kos ECRL ini juga akan merangkumi pengangkutan rel ECRL yang apabila beroperasi kelak terdiri daripada set unit ‘electric multiple’ (EMU) bagi penumpang dan lokomotif serta gerabak untuk perkhidmatan kargo,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Dokumen (Jajaran Utara) ECRL Seksyen C di sini, hari ini.

Terdahulu ketika berucap, Wee berkata Jajaran Utara ECRL ini akan memasukkan Serendah Bypass yang amat diperlukan untuk perkhidmatan rel Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) ke dalam skop Projek ECRL.

“Landasan berkembar yang terdiri daripada landasan Tolok Meter dan Tolok Standard akan dibina di antara Serendah dan Pelabuhan Klang.

“Serendah Bypass akan berfungsi sebagai laluan pelepasan kargo yang penting untuk perkhidmatan rel kargo KTMB yang berdepan kesesakan rel ketika melintasi pusat bandar Kuala Lumpur,” katanya.

Menurut Wee, Serendah Bypass juga dijangka meningkatkan jumlah kargo ECRL yang apabila beroperasi akan menampung kargo dari negeri-negeri Pantai Timur dan laluan KTMB sedia ada.

“Penjajaran ini akan menjadikan ECRL infrastruktur yang berdaya maju sejajar dengan nisbah hasil 70% perkhidmatan kargo dan 30% perkhidmatan penumpang.

“Atas faktor ini jajaran asal ECRL yang ditambah baik akan memasukkan landasan dwitolok kira-kira 30km dari stesen ECRL Jalan Kastam ke kawasan pelabuhan Northport dan Westport,” katanya.

Beliau berkata, pembinaan ECRL juga dijangka memacu pertumbuhan sektor pembinaan dan bahan binaan serta menyokong pengambilan tenaga kerja tempatan, termasuk kalangan profesional, pekerja mahir dan pekerja am bagi menampung aktiviti berkaitan. FMT

Kos ECRL kekal RM50.27 bilion – Wee


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Mental jangan koyak – TMJ (Video)

‘Siapa kecam aku, berdosa, berdosa’ – Lelaki tak jadi berbogel kerana JDT kalah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker