PRN Johor: 3 bekas Perdana Menteri berentap buktikan pengaruh

Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akan berlangsung 12 Mac depan sebenarnya bakal menyaksikan pertembungan sengit di antara dua pihak sahaja iaitu Barisan Nasional (BN) dengan parti-parti politik yang bukan BN.

Bunyinya agak pelik tetapi itulah hakikatnya. Sebelum ini pelbagai pihak telah mengemukakan beberapa syor dan cadangan agar pihak satu lagi berganding bahu ataupun menjalinkan satu kerjasama yang solid untuk bersaing dengan BN kerana itulah satu-satunya cara memastikan peristiwa di Melaka tidak berulang lagi atau setidak-tidaknya akan memberikan persaingan yang sihat.

Malang sekali, itu semua nampaknya seperti angan-angan kosong. Ini kerana masing-masing degil dan mahu mendahulukan kepentingan lebih daripada segala-galanya. Pertama, PKR dan Pakatan Harapan (PH) walaupun mahu bertanding menggunakan logo yang berbeza tetapi kekal sebagai satu pasukan. Maknanya, mereka tidak akan bertanding menentang satu sama lain.



Yang kedua ialah blok Perikatan Nasional (PN) yang terdiri daripada Bersatu dan Pas. Mereka juga tidak akan bertanding menentang satu sama lain tetapi akan tetap bertembung dengan PKR atau PH dan BN.

Blok ketiga ialah Parti Pejuang. Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir mengumumkan beberapa hari lalu bahawa mereka, sepertimana BN juga akan bertanding secara solo. Jadi, Pejuang akan bertembung dengan BN, PKR/PH dan PN.

Parti baharu iaitu Parti Muda ditawarkan enam kerusi oleh PH dan tiga kerusi oleh PKR. Agak celaru tetapi Muda belum membuat keputusan untuk menerima atau tidak tawaran-tawaran tersebut. Jika terima sekurang-kurangnya mereka akan dapat mengelak daripada menambah ‘kesengsaraan’ bertanding banyak penjuru pada PRN tersebut.

Parti Bangsa Malaysia iaitu sebuah lagi entiti politik baharu di Malaysia mengumumkan keputusan untuk masuk bertanding, cuma belum menyatakan di mana dan berapa banyak kerusi. Belalang hanya mampu mengucapkan selamat maju jaya dan selamat bertanding kepada semua parti yang terlibat.



Kita akan tengok sejauh manakah keputusan untuk bertanding secara solo dan beramai-ramai akan membuka ruang seluas-luasnya kepada BN untuk mengulangi kejayaan besar di Melaka.

Juga sejauh manakah kehadiran begitu banyak pengundi bawah 18 tahun dan pengundi baharu yang didaftarkan secara automatik akan memberi kesan sebaliknya kepada BN, tidak seperti di Melaka.

Selain pertandingan banyak penjuru, seperkara lagi yang ingin Belalang perhatikan ialah apakah tiga bekas Perdana Menteri (PM) iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin akan bergiat aktif turun dari rumah ke rumah nanti sepanjang tempoh 14 hari berkempen.

Sejak Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan, ketiga-tiganya agak aktif dan saling ‘tembak-menembak’ dalam media sosial. Kedua-dua, Dr Mahathir dan Muhyiddin tidak teragak-agak dalam melepaskan tembakan ke arah Najib dengan pelbagai gelaran dan sindiran, lebih-lebih lagi perbalahan antara Najib dan Muhyiddin sejak akhir-akhir ini.



Dua bekas PM sudah tidak lagi memegang jawatan utama dalam parti. Namun kesemua mereka sangat aktif dalam media sosial dan ramai yang ternanti-nanti jika mereka hadir serta terlibat dalam kempen, apakah mereka merupakan satu liabiliti atau aset kepada parti masing-masing.

Ini kerana kehadiran mereka akan membuka peluang kepada lawan menggunakan latar belakang dan bebanan masa lalu sebagai modal kempen. Najib misalnya, akan digunakan sebagai bahan untuk menakut-nakutkan pengundi, kemenangan BN akan membuka peluang kepada Najib untuk kembali menerajui negara.

Manakala, Dr Mahathir yang masih tidak sihat dan belum sembuh daripada rawatan masih dilihat sebagai seorang yang telah mengecewakan pengundi sewaktu PRU14 kerana meletakkan jawatan dan menjadi punca PH kehilangan kuasa.

Dan Muhyiddin pula, sepertimana Dr Mahathir tidak dapat dimaafkan kerana terlibat melakukan Langkah Sheraton yang turut membawa kepada kejatuhan kerajaan PH. Kemudian selepas beliau menjadi PM, kepimpinannya dilihat sebagai kepimpinan yang lemah dan tidak dinamik.



PRN Johor: 3 bekas Perdana Menteri berentap buktikan pengaruh


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Mee Sup Pedas Cina, Bikin Terliur



Juri program ‘najis’, tak hadap kau sekolah tak? – Diva AA

Netizen terkejut tengok harga makanan kayangan di Tanjung Malim (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker