Bas tersesat, tidak sengaja ‘ceroboh’ majlis kahwin orang [VIDEO]

Bahagian hadapan bas yang tersesat jalan sehingga ‘menceroboh’ sebuah majlis perkahwinan di Jawa Timur. – Instagram

JAKARTA – Satu majlis perkahwinan di Magetan dalam wilayah Jawa Timur menerima tetamu tidak diundang apabila sebuah bas persiaran hampir merempuh masuk kawasan rumah pengantin, lapor laman Suara.com.

Menerusi rakaman video oleh salah seorang tetamu, bahagian hadapan bas tersebut dilihat menembusi kawasan khemah yang sudah dihiasi renda majlis perkahwinan.

Tetamu yang pada awalnya sedang menari sambil menyanyi di bawah khemah itu bertempiaran lari apabila menyedari bas tersebut menuju ke arah mereka.

Tidak lama selepas ‘menceroboh’ majlis perkahwinan itu, bas tersebut kemudian perlahan-lahan mengundur ke belakang lalu meninggalkan tempat kejadian.



Video yang dimuat naik di Instagram @beritamagetan itu mendapat komen yang pelbagai daripada pengguna media sosial.

“Saya syak pemandu ini pasti guna Google Maps hingga sesat ke majlis perkahwinan orang,” komen seorang netizen. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


TERKINI: Komando GGK patahkan cubaan ‘pengganas’ tawan stesen MRT Cheras



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker