Air mata buat Palestin di Dewan Rakyat

Datuk Mumtaz Md Nawi (PN-Tumpat) tidak dapat menahan air mata tatkala menyentuh nasib rakyat Palestin ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2024 di Dewan Rakyat, hari ini.

Mumtaz berkata, rakyat Palestin sudah berdepan kezaliman akibat kekejaman Israel hampir 70 tahun, namun tiada sesiapa dapat melindungi mereka termasuk masyarakat antarabangsa berdasarkan undang-undang dan fitrah kemanusiaan.

Katanya, rakyat Palestin termasuk wanita dan kanak-kanak berdepan serangan rejim Zionis dalam segala bentuk yang boleh difikirkan, dengan cara memboikot, menganiaya dan menzalimi di luar batas kemanusiaan, pelanggaran undang-undang dan hak asasi manusia.



“Hari ini kita tenang tetapi mereka di sana, hampir 50,000 wanita hamil berdepan kematian di hadapan mereka.

“Perang ini sudah mengakibatkan kematian lebih sejuta manusia di sana. Semoga Allah memberi pertolongan kepada mereka.

“Saya harapkan, Insya-Allah apa yang kita putuskan dan bincangkan dalam negara kita, Allah beri kebahagiaan kepada mereka,” katanya dalam nada sebak.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada rakyat Malaysia kerana bersatu dalam mengecam dan menyatakan pendirian terhadap kezaliman Israel.



“Semoga Allah menyelamatkan negara dan rakyat Palestin. Bertabahlah sahabat dan saudara kita di sana,” katanya.

Hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika sesi penerangan di Dewan Rakyat, memaklumkan akan berangkat ke Riyadh , Arab Saudi pada Khamis ini, bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (ASEAN-GCC), dengan perbincangan khusus akan diadakan mengenai tindakan segera yang perlu diambil terhadap kezaliman Israel ke atas rakyat Palestin.

Sekurang-kurangnya 2,670 orang terbunuh di Semenanjung Gaza dalam tindak balas yang dilancarkan Israel minggu lalu, susulan serangan Hamas yang menyebabkan lebih 1,400 orang terbunuh.

Pada masa sama, dianggarkan sejuta orang kehilangan tempat tinggal dalam tujuh hari pertama konflik di Gaza.



 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Elly Mazlein perli siapa?

Rosnah Mat Aris mak tiri Ira Kazar?



Azira Shafinaz bikin panas ‘belanja lurah’

Lucy ‘tawan hati’ Wan Ismail Golok, ‘kawan yang setia dan ambil berat’



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker