Anime Pak Long Mail, Ismail mahu jumpa adik Amira

Anime Pak Long Mail, Ismail mahu jumpa adik Amira

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan keterujaan apabila melihat lukisan ‘anime’ yang dihasilkan Keluarga Malaysia cilik, adik Nur Amira Hafizi di media sosial.

Dalam hantaran di Facebook, Perdana Menteri turut berbangga dengan Nur Amira yang disifatkannya sangat kreatif dan berbakat.



Malah, Ismail Sabri juga menyatakan keinginan berjumpa Nur Amira dalam tempoh terdekat.

“Gambar atuk ke tu? Ya lah… macam atuk masa muda dulu.. Terima kasih Nur Amira kerana melukis ‘anime’ atuk.

“Kalau Amira boleh beri gambar tu pada atuk, Insya-Allah kalau atuk ada kelapangan waktu, nanti atuk jumpa Amira. Kita jumpa nanti,” katanya dalam hantaran tersebut.

Lukisan ‘anime’ Nur Amira dimuatnaik bapanya yang menggunakan nama Facebook Fizie Joe itu mendapat pujian netizen.



Fizie Joe turut berkongsi perbualan dengan anaknya itu.

Amira: Papa, dia ni presiden Malaysia ke?

Papa: Ehh bukan, kita tak guna istilah presiden, kita guna istilah Perdana Menteri. Dia ni Perdana Menteri Malaysia. Datuk Seri Ismail Sabri nama dia.

“Terima lah anime Pak Long Mail by Nur Amira,” katanya. Utv



Anime Pak Long Mail, Ismail mahu jumpa adik Amira


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pemain Harimau Malaya rai kejayaan di kelab malam tular (Video)



Wajah kacak penjaga gol Harimau Malaya dipuji, persis pelakon Thai

Ramai lagi berjoget, tayang payudara, kenapa serang saya saja? – Ifa Raziah



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker