Fazura kutuk Angelina Jolie acah-acah ‘buta’ kezaliman Zionis

Fazura kutuk Angelina Jolie acah-acah ‘buta’ kezaliman Zionis

Pelakon dan usahawan Fazura memberi teguran buat selebriti antarabangsa Angelina Jolie yang memilih jalan ‘neutral’ atau selamat berhubung konflik Israel-Palestin.

Fazura atau nama sebenarnya, Nur Fazura Sharifuddin menasihatkan pelakon filem Maleficent itu agar usah takut bercakap perkara yang benar tentang kesengsaraan yang dialami rakyat Palestin.



“Tolonglah Angie (Angelina Jolie). Jangan takut untuk bercakap perkara yang benar.

“Anda tahu lebih berbanding apa yang anda tulis (kenyataan yang dimuat naik dalam media sosial,” coret Fazura menerusi ruangan komen aktres itu seraya menyertakan tanda pagar give them back their land (beri balik tanah Palestin).

Menjengah komen individu lain dalam hantaran dimuat naik Angelina atau nama sebenarnya, Angelina Jolie Voight, ramai yang mengutuk kenyatan berbaur neutral (memilih jalan selamat) yang diambilnya.

“Terima kasih tetapi jangan takut cakap perkara yang benar. Perkataan-perkataan yang sebenar adalah: penjajahan, apartheid dan pembunuhan beramai-ramai,” tulis seorang pengguna Instagram.



Angelina menjadi antara selebriti Hollywood yang akhirnya bersuara mengenai krisis Israel-Palestin.

Bagaimanapun, ramai yang tidak berpuas hati dengan kenyataannya yang sepertinya melindungi Zionis atau Israel sedangkan seramai 8,000 rakyat Palestin telah terbunuh disebabkan kezaliman tentera negara tersebut.

Selain bergelar pelakon, Angelina merupakan antara aktres yang terkenal dengan aktiviti kemanusiannya termasuk membantu pelarian-pelarian negara bergolak seluruh dunia. K Online

Fazura kutuk Angelina Jolie acah-acah ‘buta’ kezaliman Zionis



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ira Kazar kena lagi dengan netizen



Main suami orang, Shakilla Khoriri ajak wanita Terengganu untuk berjumpa

Pelajar maut, motosikal meletup rempuh lori buat pusingan U



Monyet cabul pelancong, lakukan oral seks ketika mangsa tidur

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker