Durian Duri Hitam Berharga RM117 Tapi Isi Langsung Tak Ada (Video)

Durian Duri Hitam Berharga RM117 Tapi Isi Langsung Tak Ada (Video)

Tak dinafikan, rakyat Malaysia sangat teruja apabila tibanya musim durian. Meskipun harga ‘raja buah’ ini agak mahal tetapi ianya tidak menjadi penghalang buat mereka si penggemar durian.

Tetapi kali ini lain pula yang jadinya apabila seorang individu mendakwa buah durian berkualiti premium yang dibelinya tidak mengandungi sebarang isi. Harga mahal tapi tak ada isi?



Seorang lelaki yang dipercayai merupakan rakyat Malaysia meluahkan rasa kecewa selepas durian premium jenis black thorn seberat 1.8kg yang dibelinya dengan harga RM117 untuk sebiji tidak mempunyai sebarang isi. Menerusi video yang dikongsikan, memaparkan lelaki tersebut sedang membuka kulit durian tetapi apa yang mengejutkan setiap pangsa durian itu juga didapati kosong dan tidak memiliki sebarang biji.

Pada awalnya, lelaki ini menyangka buah durian seberat 1.8kg itu mempunyai isi yang berkualiti setanding dengan harga yang dibelinya tetapi harapannya musnah dan kecewa selepas membuka buah tersebut. Video yang dikongsikan telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya terkejut melihat kualiti durian premium tersebut. Ada di antara mereka memberitahu sepatutnya lelaki berkenaan membuka durian terlebih dahulu di gerai sebelum dibawa pulang. OB

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Durian Duri Hitam Berharga RM117 Tapi Isi Langsung Tak Ada (Video)




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Amell Pukul Mak Wan sebab diludah, Didie Alias Dedah Hal Sebenar



Lelaki Melayu Pertama ‘Catwalk’ Di Paris Fashion Week

Nak poligami, cari keturunan baik-baik – Puteri Sarah



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker