Kos bahan binaan naik setinggi 18.9 peratus



Kos bahan binaan naik setinggi 18.9 peratus

Indeks Kos Bahan Binaan Bangunan (IKB) tanpa bar keluli dan termasuk bar keluli bagi semua kategori bangunan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak pada Jun 2022 meningkat berbanding tahun sebelumnya.

Bagi tempoh itu, indeks kos binaan di Semenanjung Malaysia meningkat di antara 5.5 dan 18.9 peratus, Sabah di antara 0.3 dan 15.8 peratus manakala Sarawak di antara 6.0 dan 23.3 peratus.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata bahan binaan mencatatkan peningkatan pada bulan lalu berbanding tahun sebelum.

Beliau berkata, purata harga seunit besi yang terdiri daripada bar bulat keluli lembut dan ‘mycon 60 high tensile deformed bars’ meningkat 15.9 peratus dengan harga purata RM3,897.11 setiap tan metrik berbanding RM3,362 tahun sebelumnya.




Sementara itu, katanya simen pula mencatatkan peningkatan sebanyak 12.2 peratus pada Mei 2022 dengan RM21.05 bagi setiap 50 kilogram (kg) berbanding RM18.66 bagi setiap 50 kg pada Jun 2021.

“Namun begitu, peningkatan harga bagi kedua-dua bahan ini adalah lebih perlahan berbanding bulan sebelumnya.

“Selain daripada itu, bahan-bahan binaan lain seperti papan lapis, kayu, kaca, batu bata & dinding, bahan bumbung dan bahan siling juga turut mencatatkan peningkatan.

“Harga purata bahan binaan yang dinyatakan di dalam IKB adalah merujuk kepada harga purata yang terdapat di outlet yang menjual bahan binaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Dari aspek pengeluaran, laporan daripada Persatuan Keluli Dunia (WSA) menyatakan pengeluaran keluli mentah dunia bagi 64 buah negara adalah sebanyak 169.5 juta tan pada Mei 2022, dengan penurunan sebanyak 3.5 peratus berbanding Mei 2021.




Walaupun ketidaktentuan yang disebabkan oleh perang di Ukraine dan penutupan di China, permintaan keluli global diramalkan meningkat pada 2022 dan 2023.

Penggunaan keluli global dijangka meningkat kepada 1.84 bilion tan pada 2022.

Pada 2023, permintaan keluli pula diramalkan meningkat 2.2 peratus kepada 1.88 bilion tan.

Berdasarkan Tinjauan Pasaran Komoditi yang dikeluarkan oleh Bank Dunia, harga komoditi utama besi dan bahan mineral merosot 5.5 peratus pada bulan Jun 2022, dengan semua logam utama mencatatkan penurunan seperti timah jatuh sebanyak 11.8 peratus, aluminium 9.4 peratus dan nikel 8.6 peratus.

Menurut tinjauan itu, harga bijih besi telah merosot 13.4 peratus pada Jun 2022, dengan jangkaan bahawa permintaan domestik di China mungkin menurun.




Penggunaan bijih besi telah terjejas oleh penurunan dalam pasaran hartanah China ketika negara itu berdepan dengan penularan virus COVID-19.

Bagaimanapun, beberapa keyakinan untuk mengurangkan sekatan yang berkaitan dengan virus sepanjang bulan lalu dijangka akan merangsang aktiviti ekonomi. BH

Kos bahan binaan naik setinggi 18.9 peratus


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET





Amell Pukul Mak Wan sebab diludah, Didie Alias Dedah Hal Sebenar

Lelaki Melayu Pertama ‘Catwalk’ Di Paris Fashion Week

Nak poligami, cari keturunan baik-baik – Puteri Sarah



Leave a Reply

Your email address will not be published.