Suami robohkan rumah selepas cerai

Suami robohkan rumah selepas cerai

Seorang lelaki bertindak merobohkan rumah bernilai 500 juta rupiah (RM147,229) selepas cerai dengan isterinya.

Lapor Kompas.com, Moh. Suaib dari Desa Larangan Slampar, Pamekasan berkata, dia tidak mahu rumah tersebut didiami bekas isterinya.



Bapa saudara lelaki itu, Abdul Hannan berkata, proses mediasi dijalankan supaya kediaman tersebut tidak dirobohkan selepas cerai dilafazkan di Mahkamah Agama Pamekasan.

Bagaimanapun, Suaib tetap meneruskan perancangannya kerana dia sekarang tinggal bersama ibu bapanya di Kampung Pangtonggal.

“Proses mediasi turut melibatkan ahli keluarga lain. Malah, tiga jam sebelum rumah tersebut dirobohkan bekas isterinya, Hannan menghubungi Suaib supaya tidak merobohkan rumah itu.

“Rumah tersebut akhirnya dirobohkan menggunakan jentera berat dengan bantuan jiran,” katanya.



Difahamkan, rumah tersebut dibina menggunakan duit ibu bapa lelaki itu, manakala, tanah tersebut adalah harta pusaka milik ibu bapa bekas isterinya.

Hannan turut merayu agar rumah tersebut diwariskan kepada dua anak mereka, namun cadangan tersebut juga diabaikan. Utusan

Suami robohkan rumah selepas cerai


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Amell Pukul Mak Wan sebab diludah, Didie Alias Dedah Hal Sebenar

Lelaki Melayu Pertama ‘Catwalk’ Di Paris Fashion Week



Nak poligami, cari keturunan baik-baik – Puteri Sarah



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker