Tingkatkan sumbangan KDNK negeri dulu, Johari beritahu pemimpin PAS

Tingkatkan sumbangan KDNK negeri dulu, Johari beritahu pemimpin PAS

Bekas menteri kewangan kedua, Johari Ghani menasihatkan pemimpin di Kelantan, Terengganu dan Kedah menambah baik sumbangan tiga negeri itu kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) sebelum mengintai negeri pimpinan Pakatan Harapan (PH).

Johari, yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa, berkata Kelantan perlu meningkatkan sumbangan KDNK negara daripada 1.8% kepada 3.5% terlebih dahulu “sebelum melakukan perkara lain”.



“Kalau Kelantan, Kedah dan Terengganu boleh naik, buat itu dulu. Kalau dia boleh berjaya jadikan 25%, kita pun ‘serahkan’ Selangor kepada dia,” katanya dalam sebuah forum malam tadi.

Johari berkata demikian ketika diminta moderator untuk berkongsi pandangannya mengenai aspirasi pemimpin tertentu “mendidik” Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan dalam memajukan ekonomi mereka.

Pada 27 Jun lalu, Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari dilaporkan berkata, negeri itu menyumbang rekod 25.5% kepada KDNK negara, meningkat 0.7% berbanding 2021. Tetapi, Kelantan hanya menyumbang 1.8%.

“Mungkin anda tak dapat (menyumbang) tepat macam Selangor 25% , tetapi mungkin 12% hingga 13% sumbangan anda kepada KDNK negara.



“Kalau anda nak membangunkan ekonomi negara ini, dia tak boleh ke pusat, dia perlu ke negeri-negeri.”

Beliau turut mengalu-alukan pemimpin terbabit mengunjungi Selangor sebagai “pelancong” untuk belajar kerana “tidak salah belajar daripada mereka yang tahu mentadbir”.

“Bagi saya, kalau individu tertentu boleh memberi nilai tambah kepada kita dan kita boleh belajar daripada satu sama lain, mengapa tidak?” katanya.

Johari juga memberi amaran politik berlebihan boleh menjejaskan keyakinan pelabur kerana mereka mungkin mengambil pendekatan tunggu dan lihat.



Sebaik saja PRN berakhir, katanya, kerajaan perlu memfokuskan pembangunan negara, manakala pembangkang melakukan semak dan imbang di peringkat Parlimen dan DUN. FMT

Tingkatkan sumbangan KDNK negeri dulu, Johari beritahu pemimpin PAS

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Enot dedah dakwaan berkahwin dengan pengkid

Rakan pelawak ‘kahwin’ pengkid, Didie Alias sebak



Bukan saya nak buka aib Enot – Didie luah perasaan

Kenapa saya diceraikan – Adibah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker