Bella Astillah nafi sindir fesyen ‘kampung’ Sophia Albarakbah

KUALA LUMPUR – Pelakon dan penyanyi Bella Astillah menafikan tuduhan dia sengaja menyindir fesyen busana yang digayakan aktres Sophia Albarakbah dalam sebuah majlis anugerah hiburan baru-baru ini.

Menurut Bella atau nama penuhnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 29, setiap perkara yang dimuat naik dalam media sosialnya tidak ditujukan terhadap mana-mana pihak.

“Siapa yang cakap saya sindir? Saya tak mahu komen mengenai hal tersebut.



“Macam yang semua tahu, setiap perkara yang saya muat naik dalam Instagram tidak semestinya ditujukan kepada sesiapa termasuk apa sahaja quotes

“Sama juga dengan InstaStory saya baru-baru ini, memang tidak ditujukan kepada sesiapa,” katanya kepada Kosmo! Online selepas pelancaran drama terbitan Astro di sini, semalam.

Masih dikaitkan dan dituduh menyindir individu lain, dia menyerahkan hal tersebut kepada semua pihak untuk membuat penilaian sendiri.

Dia bagaimanapun tidak sesekali berasa rimas apabila kisah rumah tangganya kerap menjadi bahan bualan ramai.



“Semuanya hak masing-masing dan hidup saya hanya bergerak ke depan sahaja.

“Setakat ini tidak rimas orang asyik kaitkan sebab saya faham orang prihatin.

“Saya berterima kasih sebab ramai sayangkan saya dan suami. Ramai mendoakan untuk rumah tangga kami,” ujar pelakon drama Aku Tanpa Cintamu itu.

Dia juga berasa terharu apabila ramai yang berharap rumah tangganya dengan suami, Aliff Aziz berkekalan.



“Apabila saya baca, ada yang siap doakan agar Allah lindungi rumah tangga saya dan Aliff

“Saya sebak walaupun hanya perkara yangkecil, maksudnya orang mendoakan rumah tangga kami.

“Jadi, saya tidak rimas pun dan maksudnya orang masih ambil berat,” tuturnya.

Terdahulu, sebuah portal hiburan mendakwa Bella menyindir dan menyamakan busana digayakan seorang individu sehingga disifatkan sebagai fesyen gaya kampung.



Dalam hantaran InstaStory tersebut, Bella juga memuji dres yang dipakai oleh rakan selebritinya, Janna Nick.

“Janna cantik sangat baju nampak sangat elegan, nampak seperti puteri. Baju dia tidak kelihatan seperti ‘kampung’,” katanya dalam InstaStory tersebut

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bekas suami Yasmin Hani tayang kekasih baru, lagi hot

Laporan polis terhadap Papagomo dibuat kerana memfitnah oleh Setpol Fahmi Fadzil



Farid Kamil bagi respon ‘pedas’ bila ada persoal Diana tinggalkan anak ketika pergi Festival Good Vibes

Sean Edward dituduh sebabkan kematian Nurin Najmina

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker