Rohingya ceroboh masuk rumah

Lepas tertangkap beri alasan silap rumah

Rohingya ceroboh masuk rumah

Tiga beranak yang disyaki warga Rohingya ‘tertangkap’ ketika cuba membuka pintu pagar sebuah rumah di Taman Jujur, Sikamat, Negeri Sembilan pada Rabu lalu.

Mereka memberi alasan tersilap rumah sebelum segera meninggalkan pekarangan kediaman tersebut.



Aksi mereka dirakam menerusi rakaman papan pemuka (dashcam) yang dipasang pada kenderaan pemilik rumah.

Berkongsi cerita kejadian di laman X, pemilik akaun Onigirisara berkata, dia dan keluarganya menyedari kejadian itu selepas mereka pulang ke rumah sekitar pukul 9.59 malam, kelmarin.

Katanya, mereka sekeluarga terkejut apabila secara tiba-tiba melihat seorang wanita asing cuba membuka pagar rumahnya sambil ditunggu seorang lelaki yang menunggang motosikal.

“Hati-hati, orang Rohingya cuba nak ceroboh rumah orang. Rabu, 31 Januari 2024 pada pukul 9.59 malam.



“Kami sekeluarga keluar makan dan tiada siapa di rumah. Ketika kami sudah sampai di depan rumah, kelihatan ada dua orang Rohingya dan mereka membawa seorang kanak kanak kecil di bakul motor dan parkir di depan rumah kami.

“Perempuan Rohingya tersebut kelihatan sedang cuba membuka pintu pagar rumah kami dan lelaki itu tunggu di atas motor,” ciapnya.

Tambah pemilik akaun tersebut, dia juga terkejut dengan alasan tiga beranak terbabit yang hanya memaklumkan mereka tersilap rumah tanpa sebarang permohonan maaf dibuat.

“Kalau betul salah rumah, kenapa nak kena buka pintu pagar rumah kami dan tidak memberi salam dahulu?



“Hati-hati guys (semua), mereka ini makin melampau boleh suka hati masuk rumah orang, nak buat apa pun tak tahu,“ pesannya.

Menjengaj ke ruangan komen, rata-rata orang ramai menggesa pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk lebih kerap membuat rondaan sekitar taman perumahan dan juga kawasan parkir awam bagi menangani isu jenayah seperti ini.

“Polis kena kerap turun padang, buat rondaan di kawasan rumah, parkir sebab kawasan-kawasan ini bersepah orang Rohingya, warga asing ambil kesempatan. Ada yang cuba buka pintu kereta orang awam, buka pagar rumah orang awam. Bahaya,” tegas Zulhusni.

“Risaunya, makin menjadi-jadi puak Rohingya ini, makin samseng dekat negara orang. Kerja malas sibuk nak buat jenayah,” kata Haqim.



“Minta pihak berkuasa gempur dan buat operasi lebih kerap ‘angkut’ warga asing ini,” ciap Haslinaa. K Online

Rohingya ceroboh masuk rumah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Aksi lucah, Siskaeee mengakui sakit mental

Durian Thai ‘so’ lemah, Malaysia lagi sedap – Tara Choi (Video)



Peniaga putu bambu menang RM1 juta, BMW X5

Kediaman Najib lengang tanpa penghuni

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker