Skodeng wanita di tandas
Duda didenda RM3,000 setelah mengaku salah
Skodeng wanita di tandas
MELAKA – Seorang duda didenda RM3,000 selepas mengaku salah di Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini atas pertuduhan mengintai seorang wanita di sebuah tandas awam medan selera di Bukit Katil, di sini minggu lalu.
Majistret Sharda Shienha Mohd. Suleiman menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Muhammad Helmi Ali, 33, yang membuat pengakuan tersebut sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.
Mengikut pertuduhan, tertuduh sengaja mengaibkan kehormatan seorang wanita berusia 38 tahun dengan cara membuat isyarat menceroboh privasi penama yang telah mengganggu kesantunannya.
Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan.
Mengikut fakta kes, kira-kira 4.20 petang 30 Januari lalu, pengadu iaitu peniaga di medan selera berkenaan ternampak kelibat tertuduh yang dikenalinya dari ruang atas kanan tandas selepas selesai membuang air kecil.
Pengadu kemudian telah memintanya keluar dari tandas medan selera itu sebelum lelaki itu meminta maaf dan memberi alasan mahu mengambil barang.
Wanita itu yang sudah berkahwin dan mempunyai tiga anak kemudian membuat laporan polis kerana bimbang sekiranya tertuduh ada mengambil gambar atau videonya semasa membuang air kecil.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nor Asnini Kamarudin memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada masyarakat.
Tertuduh, seorang duda dan tidak diwakili peguam dalam rayuannya memohon hukuman ringan.
Selepas mendengar hujahan kedua belah pihak, Majistret Sharda menjatuhkan hukuman denda RM3,000 atau lima bulan penjara jika gagal bayar. MG
Skodeng wanita di tandas
Baca Artikel Menarik:
- 3 kemungkinan dibuat Lembaga Pengampunan
- Kenapa saya kahwin wanita lebih tua
- Biodata yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim
- Adibah tetap lawan Rosland berkenaan hak penjagaan kekal dua anak
- Mahfuz pula bayar saman RM250,000 kepada Sanusi
- SPRM beku akaun Tan Sri berkait kontrak bekal kenderaan kerajaan
- Kini akad nikah dibenarkan di dua masjid suci
- Rayuan bekas pegawai khas Hishammuddin Hussein didengar hari ini
- Tertuduh terakhir kes kongsi isteri dihukum penjara 13 tahun, 12 sebatan
- Rasa macam pengantin – Al-Sultan Abdullah
- Piala Asia: Akibat bergaduh dengan jurulatih, penjaring terbanyak dihantar pulang
- Ketua Pesuruhjaya SPRM mengadap TMJ di Kuala Lumpur
- Majikan beri bonus 13 bulan dan ikan kerapu 5kg sempena Tahun Baru Cina
- Inspektor didakwa merogol gadis ketika beri keterangan gambar lucah, kini dalam siasatan polis
- ‘Jangan sampai kami bermalam di KOMTAR 10 hari, sambil bakar ikan’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Durian Thai ‘so’ lemah, Malaysia lagi sedap – Tara Choi (Video)
Peniaga putu bambu menang RM1 juta, BMW X5
You must be logged in to post a comment.