Polis KL keluar 92,262 saman sepanjang Op HUU fasa 2

Sebanyak 92,262 notis saman dikeluarkan menerusi Op Hormat Undang-Undang (HUU) Jalan Raya Polis Kuala Lumpur fasa dua, bulan lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, dalam tempoh dua minggu operasi dijalankan, halangan lalu lintas mencatatkan kesalahan tertinggi dilakukan dengan 174,390 saman.

“Operasi HUU fasa satu mencatatkan jumlah saman keseluruhan sebanyak 174,390 manakala fasa dua sebanyak 92,262.



“Walaupun operasi ini dijalankan secara tegas di seluruh ibu negara, kesalahan halangan lalu lintas penyumbang tertinggi saman iaitu 143,673 bagi fasa satu dan 72,301 bagi fasa dua,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Allaudeen, 309 individu ditangkap melibatkan pelbagai kesalahan jenayah dan trafik bagi operasi fasa satu manakala bagi operasi fasa dua merekodkan 172 tangkapan atas kesalahan sama.

“Jumlah ini berbeza disebabkan tempoh masa operasi yang dijalankan,” katanya.

Tegas Allaudeen, pihaknya akan terus melaksanakan operasi HUU secara penuh dan menasihatkan pengguna jalan raya sentiasa mematuhi peraturan jalan raya yang telah ditetapkan.



Terdahulu, Allaudeen melancarkan operasi HUU fasa dua yang mana menumpukan 16 lokasi berbeza di sekitar ibu negara sepanjang tempoh bermula 15 September hingga 29 September.

Operasi penguatkuasaan yang lebih tegas itu memfokuskan tujuh jenis operasi iaitu Op Parkir Haram, Op Halangan, Op Lampu Merah, Op Nombor Pendaftaran, Op Cermin Gelap, Op Motosikal dan Op Didik

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10: Peminat mahu Kak Lina Pom Pom kembali, Elly Mazlein tak gedik

Ira Kazar terima kifarah – Nur Nilam



Jiggy komen pakaian renang Dhabitah

Tuah wajah iras Mira Filzah dapat watak utama



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker