MP Langkawi mohon maaf atas kenyataan berbaur lucah

MP Langkawi mohon maaf atas kenyataan berbaur lucah

Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Mohd Suhaimi Abdullah membuat permohonan maaf di Dewan Rakyat hari ini atas kenyataan beliau pada sesi perbahasan Belanjawan 2024 pada 26 Oktober lalu.

Mohd Suhaimi bangun memohon kebenaran Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul menggunakan ruang bertanyakan soalan tambahan kepada Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar.



“Saya ingin memohon maaf atas kekhilafan saya dalam perbahasan Bajet 2024 saya pada 26 Oktober lalu.

“Permohonan maaf ini dibuat kepada Yang Dipertua dan ahli dewan berhubung kenyataan itu yang mungkin terguris dan tersinggung akibat kekhilafan saya.

“Saya ingin menegaskan, sebagai wakil rakyat pulau lagenda ini, Langkawi amat dekat di hati saya dan isu yang membelenggu rakyat Langkawi tidak wajar diperlekeh atau dipersepsi mana-mana pihak,” katanya.

Serentak itu, beberapa ahli parlimen bersuara mengucapkan tahniah atas tindakan Mohd Suhaimi yang disifatkan mereka sebagai berjiwa besar.



Sebelum ini, Mohd Suhaimi mencetuskan kontroversi apabila didakwa mengeluarkan ucapan yang didakwa seksis kepada Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok ke Langkawi tanpa pakaian.

Tindakan itu menyebabkan beberapa pihak menggesa Mohd Suhaimi memohon maaf kerana mengeluarkan kenyataan memalukan termasuk Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman yang turut menghantar usul merujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana membuat kenyataan kurang sopan dan berbaur lucah. HM

MP Langkawi mohon maaf atas kenyataan berbaur lucah

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Gambar lucah ciptaan AI, artis tempatan menjadi mangsa

Rakyat Malaysia jual sate RM7 secucuk tepi jalan laku keras



Bersatu sudah jadi Berpecah

Pekerja Nasi Kandar Terkenal Hanya Berseluar Dalam Di Dapur (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker