4 MP Bersatu mohon tukar tempat duduk di Dewan Rakyat

4 MP Bersatu mohon tukar tempat duduk di Dewan Rakyat

Empat ahli Parlimen Bersatu yang menyuarakan sokongan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim memohon agar tempat duduk mereka di Dewan Rakyat ditukar.

Mereka adalah Zahari Kechik (Jeli), Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Suhaili Abdul Rahman (Labuan) dan Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang).



Yang di-Pertua Dewan Rakyat Johari Abdul berkata dia telah menerima surat daripada mereka berkenaan perkara itu hari ini.

Bercakap dalam sidang media di Parlimen hari ini, Johari berkata dia akan melihat aturan dalam Dewan Rakyat sebelum membuat keputusan.

“Saya akan hubungi mereka ketika Deepavali, akan ada pertemuan tak rasmi. Tengok macam mana, saya baru terima surat,” katanya hari ini.

“Seperti Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq (Syed Abdul Rahman), dia tak mahu duduk di sebelah kerajaan dan minta tempat duduk yang ‘lebih selesa’.



“Macam keluarga. Dulu mereka tidur di bilik tidur, sekarang mereka nak pindah ke ruang tamu,” seloroh Johari.

[Berita lanjut menyusul]

4 MP Bersatu mohon tukar tempat duduk di Dewan Rakyat

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Gambar lucah ciptaan AI, artis tempatan menjadi mangsa

Rakyat Malaysia jual sate RM7 secucuk tepi jalan laku keras



Bersatu sudah jadi Berpecah

Pekerja Nasi Kandar Terkenal Hanya Berseluar Dalam Di Dapur (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker