Biasiswa untuk pelajar luar bandar lanjut pengajian dalam bidang pertanian

Biasiswa untuk pelajar luar bandar lanjut pengajian dalam bidang pertanian

Universiti Binary memperuntukkan RM60 juta bagi menyediakan Biasiswa Binary-Bakat Desa untuk 800 pelajar luar bandar melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi, khususnya dalam bidang pertanian.

Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi yang diwakili Timbalan Menteri Luar Mohamad Alamin pada pelancaran biasiswa itu di sini malam tadi berkata, biasiswa itu akan membolehkan penduduk desa mendapatkan akses lebih efektif kepada teknologi terkini, khususnya dalam bidang pertanian.



“Graduan yang mendapat biasiswa ini berpotensi besar memainkan peranan penting dalam meningkatkan hasil pertanian dan memasarkannya dengan lebih cekap melalui penggunaan teknologi terkini seperti pertanian pintar AI (teknologi kecerdasan buatan) dan teknologi dron,” katanya.

Menzahirkan penghargaan atas inisiatif Universiti Binary itu, Zahid yang juga menteri kemajuan desa dan wilayah berkata, inisiatif penyediaan biasiswa itu merupakan elemen penting dalam pembangunan sektor luar bandar yang merupakan teras utama kepada kemajuan negara.

“Ia bukan sekadar sumbangan kewangan, sebaliknya usaha yang mulia dalam mencipta peluang yang saksama kepada pelajar dari pelbagai latar belakang termasuk pelajar luar bandar.

“Ini selaras dengan hasrat Ekonomi Madani yang berusaha memberi peluang pendidikan yang adil kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira asal usul mereka,” katanya. FMT



Biasiswa untuk pelajar luar bandar lanjut pengajian dalam bidang pertanian

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10: Kak Lina ‘behave’ pada minggu ketiga



Putera Mateen, Dayang Anisha bakal berkahwin Januari 2024

Aishah nak cari lelaki berduit?



Pengarah JSJ Bukit Aman ‘basuh’ semua KBSJD, “jangan sanggup jual nyawa rakan sendiri” [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker