Syamsul sahkan akan ‘noktahkan’ penceraian hari ini

Syamsul Sarah sah akan bercerai hari ini

Pengarah sensasi, Syamsul Yusof, 39, memberi bayangan ada berita baik berlaku akan berlaku pada prosiding pengesahan dua lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, di sini, pagi ini.

Ditanya adakah berita baik itu mungkin membabitkan lafaz cerai yang akan dilakukan terhadap isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, Syamsul bagaimanapun meminta menunggu sehingga prosiding selesai.

“Insya Allah, hari ini mungkin selesai. Harapnya semua baik-baik sahaja,” katanya kepada pihak media.

Syamsul berkata, kemelut rumah tangga yang sudah empat tahun berlangsung mungkin ada jalan penyelesaian baik, hari ini.



“Insya Allah, ada jalan penyelesaian baik kerana percubaan untuk selesaikan secara baik dilakukan sejak seminggu lalu.

“Saya dan Puteri Sarah fikirkan anak-anak sahaja,” katanya.

Syamsul kelihatan ceria ditemani sepupunya berkongsi, dia kini sibuk dengan penggambaran The Original Gangster, jadi agak kepenatan.

Terdahulu, hakim Syarie, Akmalluddin Ilyas memerintahkan Puteri Sarah selaku plaintif memfailkan dakwaan lafaz cerai sebanyak dua kali yang pernah dilakukan Syamsul.



Jika sabit perceraian berlaku sebanyak dua kali, ini bermakna permohonan cerai Puteri Sarah adalah kali ketiga.

Bagaimanapun, peguam syarie Azmi Mohd Rais yang mewakili Syamsul menafikan dakwaan dan tidak mengetahui dapatan laporan Jabatan Kuasa Pendamai (JKP) memandangkan ia dibuat secara berasingan.

Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikhul Islam, 5, dan Summayah, 3.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Gaun dipakai ‘penyondol’ cantik laku keras



Johan dah terpesong? – Amin Idris tampil jelaskan

Fatin Afeefa & Opai padam gambar di IG lepas isu sindir kereta sebagai najis



Nenek Kelantan kahwini lelaki berusia 28 tahun lepas kenal di TikTok

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker