Bahagia terpisah, Syamsul mungkin cerai Puteri Sarah hari ini

KUALA LUMPUR: Pelakon, Puteri Sarah Liyana, 38, berharap agar suaminya yang juga pengarah, Syamsul Yusof, 39, akan menamatkan kemelut rumah tangga mereka hari ini.

Sarah kelihatan ceria dan tenang ketika tiba di Mahkamah Tinggi Syariah hari ini dalam busana berwarna kelabu ditemani pengurusnya.

“Insya-Allah boleh selesai semua, doakan harapnya semoga kita (Sarah dan Syamsul) berpisah,” kata Puteri Sarah ringkas ketika ditemui Utusan Malaysia.



Dalam pada itu, peguam yang mewakili Puteri Sarah, Datuk Akberdin Abd Kader memberi bayangan bahawa keputusan penceraian akan dapat diketahui dalam perbicaraan hari ini.

“Hari ini (perbicaraan) untuk pengesahan dua lafaz cerai yang didakwa Puteri Sarah sebelum ini dan juga status permohonan cerai baru.

“Insya-Allah besar kemungkinan kita akan selesaikan semua sekali,” katanya.

Bagi mendapatkan keputusan, mahkamah perlu mendengar dakwaan mengenai dua lafaz cerai yang pernah dibuat Syamsul sebelum ini.



“Namun, sebelum pergi kepada permohonan lafaz cerai yang baru, kita kena selesaikan pengesahan dua lafaz cerai yang didakwa sebelum ini.

“Selagi dua benda itu belum selesai, mahkamah tidak boleh teruskan ke lafaz cerai baru sebab nak tahu sudah berapa kali perkara itu dilakukan,” katanya lagi.

Pengesahan lafaz cerai juga bergantung di tangan suami dan pihak mahkamah perlu mendengar hujah mengenainya.

“Ada beberapa persetujuan yang sudah dicapai dan akan diusulkan kepada mahkamah.



“Jadi, semuanya bergantung di tangan suami (Syamsul) jika dia setuju atau tidak (untuk cerai).

“Kalau suami kata tak pernah berlaku (lafaz cerai sebanyak dua kali), hakim kena dengar perkara itu,” ujarnya lagi.

Terdahulu, hakim Syarie Akmalluddin Ilyas memerintahkan Puteri Sarah selaku plaintif untuk memfailkan dakwaan lafaz cerai yang sudah dibuat sebanyak dua kali oleh Syamsul.

Jika mahkamah mensabit perceraian berlaku sebanyak dua kali, ini bemakna permohonan cerai Puteri Sarah merupakan kali ketiga.



Walau bagaimanapun, peguam syarie Azmi Mohd. Rais yang mewakili Syamsul menafikan dakwaan berkenaan dan tidak mengetahui dapatan laporan JKP berkenaan memandangkan ia dibuat secara berasingan.

Sebelum ini, pada 25 Mei lalu, Jawatankuasa Pendamai (JKP) memaklumkan ikatan perkahwinan Sarah dan Syamsul Yusof tidak dapat diselamatkan kerana berlaku shiqaq iaitu perbalahan berpanjangan.

Puteri Sarah memfailkan tuntutan cerai terhadap suaminya pada Januari tahun ini di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur selepas krisis rumah tangganya sejak empat tahun lalu.

Selain itu, dia juga enggan dimadukan selepas Syamsul membuat pengakuan bernikah kali kedua dengan Ira Kazar di Thailand.



Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam, 5, dan Summayah, 3.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Gaun dipakai ‘penyondol’ cantik laku keras

Johan dah terpesong? – Amin Idris tampil jelaskan

Fatin Afeefa & Opai padam gambar di IG lepas isu sindir kereta sebagai najis

Nenek Kelantan kahwini lelaki berusia 28 tahun lepas kenal di TikTok

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker