Apa pun terjadi, SPRM tetap menunggumu : Bekas Ketua SPRM

Bekas Ketua SPRM Tan Sri Dzulkifli dalam ciapannya secara sinis berkata SPRM tetap menunggu Lim Guan Eng walaupun tayar keretanya pancit.

Ciapan kedua beliau pula berkata, “Alhamdulillah, dah sampai pejabat SPRM, semoga ada cahaya dihujung terowong”

Tidak ketinggalan Najib Razak di laman facebook beliau yang turut berkata “patut ekonomi negara hancur, nak baiki tayar pancit pun sampai 3 jam”.

Sebelum itu Malaysia Gazette melaporkan kelibat bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih tidak kelihatan kerana tayar kenderaan yang dinaikinya pancit pagi tadi.

Guan Eng yang juga merupakan bekas Menteri Kewangan sepatutnya menyambung memberi keterangan pada jam 10 pagi sebagai saksi dalam kes projek terowong dasar laut kerajaan Pulau Pinang.

Beliau akhirnya tiba lewat di pejabat SPRM bagi menyambung keterangannya.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker