Penduduk flat Bayan Baru sanggup beratur panjang tadah air

PENDUDUK flat Taman Lip Sin di sini beratur panjang menunggu giliran mengambil bekalan air dari lori tangki lewat petang tadi.

 

GEORGE TOWN – Kira-kira 5,000 penduduk di lebih 100 buah flat di Bayan Baru di sini masih menantikan bekalan air pulih yang dijangka selesai pada pukul 10 malam ini.

Sehingga pukul 8 malam tadi, penduduk di daerah Barat Daya termasuk Bayan Lepas, Permatang Damar Laut dan Teluk Kumbar dikatakan masih terkesan dengan bekalan air terputus hampir 30 jam sejak kelmarin.

Tinjauan mendapati, penduduk di kawasan flat terjejas sanggup turun ke tingkat bawah dan beratur panjang bagi menadah sumber air yang disediakan.



Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin berkata, pihaknya kini sedang berusaha membantu menyalurkan sumber air menerusi lebih 10 lori tangki ke kediaman penduduk sejak awal pagi semalam.

Menurutnya, penduduk di kawasan kependudukan yang padat di sini juga turut disediakan tangki air flexi bagi kemudahan harian sehingga bekalan air pulih nanti.

“Keadaan di sini (Bayan Baru) terkawal. Pihak kami berhempas pulas membantu menyalurkan bekalan air menggunakan khidmat lori tangki daripada Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan pasukan Bomba Sukarela.

“Perkara ini memang tidak dijangka berlaku dan penduduk diharap bersabar menunggu bekalan air yang dijangka pulih sepenuhnya pada pukul 10 malam ini,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.



Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan, operasi di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua akan mencapai tahan maksimum 100 peratus (atau purata 988 MLD juta liter sehari) pada pukul 10 malam ini.

Tze Tzin menambah, ketika ini kapasiti pengeluaran air LRA Sungai Dua yang merupakan LRA terbesar dan terpenting di Pulau Pinang telah mencapai 85 peratus,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Amell Pukul Mak Wan sebab diludah, Didie Alias Dedah Hal Sebenar



Lelaki Melayu Pertama ‘Catwalk’ Di Paris Fashion Week

Nak poligami, cari keturunan baik-baik – Puteri Sarah



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker