Nissan X-Trail atas bangunan


PETALING JAYA – Tular sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Nissan-xtrail di atas sebuah bangunan kecil mengundang tanda tanya orang ramai.

Menerusi perkongsian di media sosial @klchin96, dia sempat merakam kejadian itu kerana terpegun ketika melalui Jalan Segambut di Kuala Lumpur.

Difahamkan, kenderaan terbabit sebenarnya diletakkan di atas pintu masuk sebuah kilang kereta hanya sebagai simbolik bagi menarik perhatian.



Bagaimanapun, rata-rata orang ramai tetap bingung memikirkan bagaimana kenderaan itu diletakkan dengan sempurna meskipun memiliki ruang yang terhad.

“Macam mana kereta itu boleh berada atas bangunan itu? terbang ke? atau ada jalan naik? pening kepala bila fikir,” kata Fatihah.

“Apa yang berlaku sebenarnya ini? Ini edit atau betul-betul? kalau betul macam mana kereta itu boleh naik sampai situ,” ujar Mohd. Faizani.

Dalam pada itu, terdapat juga pihak tampil menjelaskan bahawa kenderaan itu sudah lama diletakkan di atas bangunan terbabit.



“Ini syarikat tempat kerja saya, Tan Chong Motor dekat Segambut, kereta itu kosong dan hanya untuk tujuan pameran sahaja,” kata Suko.

 

 

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Video Ismail Izzani tular, Suliza Salam pertahan anaknya

Aedy Ashraf kantoi bercumbu di kelab malam, tampil beri penjelasan



Bangun Nad, kita ada PM baru – Sharifah Amani



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker