Majlis Syura akan tentukan sama ada PAS bersama UMNO, BN

Majlis Syura akan tentukan sama ada PAS bersama UMNO, BN

Keputusan sama ada PAS bakal bekerjasama dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN) membentuk kerajaan jika gabungan itu memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), akan ditentukan melalui Majlis Syura Ulama PAS kelak.

Naib Presiden PAS, Datuk Idris Ahmad, berkata Majlis Syura parti itu akan membuat keputusan mengenai perkara itu apabila sampai masanya.



“PAS ada keputusan yang berdasarkan Mesyuarat Jawatankuasa pusat, Lajnah Politik dan Syura. Jadi, Majlis Syura yang akan buat keputusan mengenai kerjasama ini.

“Saya tak boleh beri pandangan. Tunggu pada hari kejadian,” katanya kepada pemberita selepas program Mini Karnival Keluarga Sejahtera DUN Trong di Dataran Pejabat Penghulu Trong, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pendirian PAS yang dilihat masih mengharapkan penyatuan UMNO-BERSATU (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) untuk menghadapi PRU-15 dan sama ada parti itu akan menerima pelawaan menyertai kerajaan pusat jika UMNO dan BN memenangi pilihan raya umum.

Sementara itu, Idris mengesahkan, rundingan agihan kerusi kawasan parlimen Bukit Gantang sudah selesai.



Nama Idris, yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) disebut-disebut akan akan bertanding kerusi itu pada pilihan raya akan datang.

Idris sebelum ini juga dilaporkan media sebagai berkata, PAS menolak Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, yang Ahli Parlimen Bukit Gantang sekarang dari BERSATU sebagai calon Perikatan Nasional (PN) di kerusi berkenaan pada PRU-15.

Syed Abu Hussin Hafiz pada pertengahan September lalu mengumumkan, bakal bertanding mengekalkan kerusi Bukit Gantang pada PRU-15 bagi, selain turut mahu merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Trong biarpun perlu terpaksa bertanding atas tiket bebas jika ditolak oleh pimpinan PN. BH

Majlis Syura akan tentukan sama ada PAS bersama UMNO, BN




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Wanita ‘korek’ bayi dari perut ibu berdepan hukuman mati



Lelaki panik tangan misteri muncul bawah pintu tandas awam

Pemuda cekik saudara sendiri, gantung mayat pada paip



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker