Hilang kudrat lawan arus deras, saya hanya ingat mati

Hilang kudrat lawan arus deras, saya hanya ingat mati

Kota Tinggi: “Saya dan rakan sudah hilang kudrat untuk lawan arus deras dan hanya ingat mati,” kata Zaleha Mokhtaini, 37.

Wanita itu menceritakan pengalaman kereta dinaiki dia bersama rakan terbabas ke dalam longkang sebelum dihanyutkan arus deras di Jalan Kota Tinggi-Mersing di sini.



Menurutnya, kejadian berlaku pada jam 8.15 pagi semalam ketika dia dan rakan (Rosnani, berusia 40-an) menaiki kereta Perodua Myvi milik ibunya dalam perjalanan dari Kampung Teluk Jeri Luar, Tanjung Sedili ke Bandar Kota Tinggi di sini.

“Kami mahu singgah di stesen minyak berhampiran Bukit Samsu di Kota Tinggi di sini untuk mengisi minyak.

“Namun ketika menghampiri stesen minyak itu, kereta kami terbabas, saya tidak sempat menekan brek dan masuk ke dalam longkang sebelum dihanyutkan arus deras.

“Kejadian berlaku sekelip mata apabila kereta saya terbalik dalam keadaan keempat-empat tayar ke atas.



“Saya cuba membuka dan menolak pintu namun gagal. Kereta sekali lagi berpusing dan ketika itu saya menendang pintu bahagian penumpang.

“Alhamdulilah ia terbuka dan Rosnani keluar kenderaan sebelum berpaut belakang kereta.

“Saya juga berjaya keluar dari kereta dan sempat berpaut pada paip besi,” katanya.

Zaleha berkata, dia tidak menyangka Choo Ngiam Choong, 50-an sanggup terjun dan menyelamatkan mereka yang terperangkap dalam arus deras.



“Saya bersyukur dan tidak dapat membayangkan sekiranya Encik Choo tidak muncul, mungkin saya dan rakan sudah tiada lagi.

“Saya tidak mampu membalas jasanya dan hanya mampu mendoakan supaya dia dikurniakan kesihatan baik.

“Saya sempat mengucapkan terima kasih padanya selain turut melakukan panggilan video bagi berkongsi keadaan kami berdua selepas kejadian,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Zaleha, dia dan Rosnani bersyukur hanya mengalami lebam di badan dan trauma setiap kali mengenang kejadian menimpa.



Ibu tunggal kepada empat cahaya mata itu berkata, dalam kejadian itu dia kerugian lebih RM3,000 termasuk kehilangan wang tunai, barang kemas, telefon bimbit serta dokumen pengenalan diri dan sijil kelahiran anak.

“Saya mahu membeli barangan dapur di Bandar Kota Tinggi dan tidak menjangka ditimpa musibah begini.

“Saya buntu akibat kerugian dialami termasuk kereta kami, (JJL729) masih gagal ditemukan dan tidak pasti hanyut ke mana.

“Bagaimanapun saya redha dengan ujian ini dan bersyukur kerana terselamat,” katanya.



Semalam, tindakan berani seorang kontraktor, Choo Ngiam Choong berjaya menyelamatkan wanita yang dihanyutkan arus deras bersama kereta di Jalan Kota Tinggi-Mersing di sini, selepas kenderaan itu terbabas ke longkang. HM

Hilang kudrat lawan arus deras, saya hanya ingat mati

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Rosyam saran buka rumah pelacuran untuk warga asing

Nabila Huda mengamuk, mahu dedah semua kejahatan

Saiful Apek beri nasihat makan dalam semasa ziarah jenazah arwah Hamdan (Video)

Shuib selamatkan Ajak terkandas di pulau dengan helikopter

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker