Semak semula fatwa pemindahan rahim – Dr Zulkifli

Semak semula fatwa pemindahan rahim – Dr Zulkifli

Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Mohamad Al-Bakri berpandangan ada kewajaran fatwa hukum pemindahan rahim yang diputuskan 10 tahun lalu dikaji semula.

Bekas mufti Wilayah Persekutuan itu berkata pihaknya menerusi Maktabah Al-Bakri telah melakukan kajian berhubung gesaan dibuat wanita dilahirkan tanpa rahim atau sindrom Mayer-Rokinstansky-Kauser-Hauser (MRKH), susulan laporan FMT.



Menurutnya, Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia pada Oktober 2014 memutuskan hukum pendermaan dan pemindahan rahim adalah tidak harus kerana keperluannya belum mencapai tahap darurat.

“Saya berpandangan pandangan hukum tersebut boleh dikaji semula. Maktabah Al-Bakri telah menyiapkan kajian berhubung hal ini dan akan dimuatnaik dalam masa terdekat,” katanya di Facebook.

Bagaimanapun, Zulkifli berkata kajian yang dibuat Maktabah Al-Bakri belum lengkap dan beliau terbuka mendapat bantuan pakar obstetrik dan ginekologi (O&G).

Sebelum ini dilaporkan gesaan wanita dilahirkan tanpa rahim atau sindrom MRKH yang mahukan fatwa itu disemak semula berikutan ada keperluan untuk mereka mendapatkan zuriat sendiri.



Sementara itu, pengasas MRKH Malaysia Nur Syazwani Abdul Rahim berbesar hati apabila Zulkifli sudi mengadakan perbincangan dan cakna terhadap isu diperjuangkan mereka sejak 2017.

“Sudah lama kami perjuangkan isu ini. Syukur alhamdulillah, akhirnya ada yang sudi mendengar,” ujarnya yang lebih dikenali dengan nama Wani Ardy.

Wani turut memaklumkan pihaknya sudah menghantar e-mel kepada Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) pada awal 2023 meminta agar fatwa itu disemak semula dengan segera, namun tiada respon diterima sehingga kini.

Beliau berkata pihaknya bersama doktor pakar O&G Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akan sekali lagi mengemukakan permohonan kepada Jakim di ibu pejabatnya.



Menurutnya, pihaknya telah persetujuan pakar pemindahan rahim daripada Sweden Dr Mats Brannstrom untuk melatih doktor tempatan untuk tujuan itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Mohd Na’im Mokhtar telah dihubungi untuk mendapatkan maklum balas. FMT

Semak semula fatwa pemindahan rahim – Dr Zulkifli

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rosyam saran buka rumah pelacuran untuk warga asing

Nabila Huda mengamuk, mahu dedah semua kejahatan



Saiful Apek beri nasihat makan dalam semasa ziarah jenazah arwah Hamdan (Video)

Shuib selamatkan Ajak terkandas di pulau dengan helikopter



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker