Wanita tak boleh ‘move on’ selepas berpisah, sanggup datang majlis perkahwinan ex

Gambar Hiasan

 

Dalam satu percubaan terdesak, seorang wanita menyerbu majlis perkahwinan bekas teman lelakinya di Suzhou, China, untuk memastikan sama ada lelaki berkenaan  masih mempunyai perasaan sayang pada dirinya, lapor portal berita Thaiger semalam.

Bagaimanapun, apabila muncul di majlis berkenaan, dia tidak dapat mengawal emosi lalu  memeluk bekas teman lelakinya sambil menangis. Wanita itu turut menghempaskan dirinya ke lantai bagi menghalang lelaki berkenaan mengahwini pengantin perempuan.

Menyaksikan adegan mengejutkan itu, para tetamu bergegas membantu wanita tersebut tetapi dia berdegil dan enggan melepaskan kaki pengantin lelaki dalam kejadian baru-baru ini.



“Kami bercinta selama tujuh tahun. Adakah awak sudah lupa tujuh tahun kita bercinta?” katanya manakala bekas kekasihnya menunjukkan ekspresi sedih dan menggenggam tangan wanita itu.

Pengantin perempuan pula tidak menunjukkan kemarahan. Dia  sebaliknya hanya berdiri diam tanpa menunjukkan sebarang emosi.

Selepas insiden perkahwinan itu tersebar di internet, ramai netizen berasa kasihan dengan wanita tersebut.

“Menangis tidak membantu. Kalau dia masih simpan awak dalam hati, awak tidak ditinggalkan untuk dirinya berkahwin lain,” kata seorang netizen. – AGENSI



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rampas Anna daripada Meerqeen, ini jawab Amir Ahnaf



Imam Turkiye ditangkap di Mekah sebab sebut tentang Gaza & Palestin

Jalan ‘glow in the dark’ pertama di Malaysia



A letter to Sarawakian Christian Zionists: The evangelicals will not save us



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker