Permohonan ‘Notis Merah’ Interpol terhadap menantu Muhyiddin hampir sempurna

Beberapa maklumat lanjut daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diperlukan bagi memohon senarai notis merah Polis Antarabangsa (Interpol) terhadap menantu bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pihaknya setakat ini sedang menunggu beberapa maklumat sebelum menghantar permohonan kepada Interpol.

“Beberapa aspek teknikal (maklumat) diperlukan yang sedang kita tunggu berkaitan permohonan tersebut.



“Apabila dilengkapkan kemudian baru kita hantar permohonan rasmi,” Beliau berkaya demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Serah Terima Tugas di Dewan Tan Sri Abdul Rahman Hashim, Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Difahamkan, beberapa aspek teknikal diperlukan bagi melengkapkan permohonan itu antaranya dari sudut perundangan, kesalahan dan sebagainya.

Terdahulu, media melaporkan SPRM akan memohon kepada PDRM untuk memasukkan nama dua individu termasuk menantu Muhyiddin ke dalam senarai notis merah, jika gagal tampil untuk menghadapi pendakwaan.

Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan, 48, dan Mansoor Saat, 69, dikehendaki tampil ke SPRM bagi tujuan pendakwaan kes rasuah dan penyelewengan berhubung projek berkaitan pendaftaran, pengambilan serta penyimpanan biometrik pekerja asing di sebuah kementerian.



Bagaimanapun, Muhammad Adlan dalam satu kenyataan melalui peguam, Datuk Baljit Singh Sidhu menafikan beliau lari daripada pihak berkuasa dan menyatakan akan pulang ke tanah air bagi membantu siasatan

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Elly undur diri dari GV10

Nabil jelas isu Mamat di tempat ‘tinggi’



Gelaran ‘Datuk’ suami Intan didakwa palsu

Tolonglah berikan saya ‘job’ – Mak Wan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker