Aktiviti hiburan haram berselindung sebalik restoran

Aktiviti hiburan haram berselindung sebalik restoran

Satu aktiviti hiburan yang dijalankan secara haram dan berselindung di sebalik perniagaan restoran di Jalan Tun Tan Cheng Lock di sini terbongkar.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, sisi gelap restoran itu terbongkar apabila diserbu diserbu pukul 6.30 petang semalam.

“Hasil serbuan, polis berjaya menahan tiga pekerja premis itu yang terdiri daripada dua lelaki serta seorang wanita warga asing berusia lingkungan 35 hingga 50 tahun.

“Semasa serbuan dibuat, seramai 18 pengunjung sedang berhibur di dalam premis itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Noor Delhan, pemeriksaan lanjut mendapati premis berkenaan tidak mempunyai lesen hiburan dan disyaki menjalankan aktiviti hiburan secara haram.

Menurut beliau, polis berjaya merampas peralatan eletrik berupa televisyen, peralatan audio, salinan lesen perniagaan serta wang tunai yang digunakan untuk aktiviti hiburan.

“Semakan juga mendapati premis terbabit beroperasi tanpa lesen hiburan sah lebih sebulan lalu dan hanya beroperasi secara berselindung menggunakan lesen restoran serta kedai makan.

“Siasatan lanjut turut mendedahkan hanya pelanggan tetap sahaja dibenarkan masuk untuk berhibur sebagai taktik mengelak kegiatan haram itu dihidu pihak berkuasa,” katanya.

Kesemua tangkapan dan rampasan telah dibawa ke Ibupejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk siasatan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hiburan Wilayah Persekutuan 1992 serta Akta Imigresen 1959/63. MG

Aktiviti hiburan haram berselindung sebalik restoran


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Aksi pelanggan restoran ‘peluk’ pekerja wanita disiasat

MB Perlis pengesahan lafaz cerai pada isteri 25 ogos

Berang dihon, pemandu potong barisan mengamuk, tunjuk isyarat lucah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker