PKR tak mampu kendali undi atas talian – penganalisis

PKR tak mampu kendali undi atas talian – penganalisis

Kekecohan yang berlaku ekoran pemilihan PKR 2022 baru-baru ini jelas menunjukkan parti itu tiada kemampuan mengendalikan undian secara atas talian, kata penganalisis.

Azmi Hassan dari Akademi Nusantara berkata sebagai sebuah organisasi kecil, untuk memastikan undian atas talian 100% tidak digodam adalah sangat mustahil kecuali PKR mampu melabur perbelanjaan besar bagi sistem keselamatan atas taliannya.



“PKR pasti tahu sistem mereka mudah digodam.

“Undi dalam talian terdedah kepada penipuan. Ia boleh digodam walau apapun sistem pertahanan digunakan melainkan PKR seperti organisasi besar lain mampu mengeluarkan perbelanjaan besar bagi menentukan sistem mereka tidak digodam,” katanya kepada FMT.

Terdahulu, jawatankuasa pemilihan parti (JPP) dalam kenyataan berkata hanya sedikit perubahan dalam keputusan pemilihan, serta terdapat percubaan menggodam keputusan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Keputusan terkini disiarkan di laman sesawang pemilihan PKR kelmarin, menyaksikan kemenangan tidak rasmi ahli dewan undangan negeri (ADUN) Batu Tiga Rodziah Ismail sebagai ketua wanita PKR sebelum ini memihak kepada pencabarnya, Fadhlina Sidek dengan majoriti 32 undi.



Mengulas lanjut, Azmi berkata, perubahan jawatan ketua wanita PKR itu sudah pasti memberi kesan kepada kesatuan akar umbi, malah menambah kepincangan dalam kepimpinan PKR dalam menghadapi pilihan raya umum.

“Perubahan pemenang akan timbulkan syak wasangka. (Seperti ada) sesuatu yang tidak betul.

“Rakyat di luar sana pasti akan merasa goyah dengan episod ini,” katanya sambil menambah walaupun JPP menjelaskan secara terperinci penemuan audit forensik itu, namun kontroversi undian atas talian telah menimbulkan satu persepsi atau syak wasangka kepada parti.

Justeru, beliau berpandangan PKR perlu kembali kepada pemilihan secara fizikal bagi mengelakkan terjadinya undi meragukan yang dibangkitkan oleh kebanyakan calon pada pemilihan kali ini.



“Seharusnya ditukar kepada sistem pemilihan fizikal saja,” katanya.

Sementara itu, Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya berkata barisan kepimpinan baharu perlu “bersifat terbuka” dan akur dengan kekalahan, malah perlu ada usaha untuk membaiki hubungan sesama mereka sebagai persediaan mara ke hadapan.

Malah, katanya, pasukan yang menang tidak boleh lagi dilabel sebagai kumpulan “si polan si polan” tetapi perlu dijenamakan sebagai “kumpulan Anwar”.

“Saya harap mereka lepas ini tidak ada label pasukan mana-mana, tapi jadikan mereka sebagai pasukan Anwar (Ibrahim).



“Memaafkan dan melupakan perlu sebagai persediaan PRU akan datang, nampak mudah tetapi sukar dilakukan terutama kepada mereka yang tewas. Itulah fakta,” katanya. FMT

PKR tak mampu kendali undi atas talian – penganalisis


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Aksi pelanggan restoran ‘peluk’ pekerja wanita disiasat

MB Perlis pengesahan lafaz cerai pada isteri 25 ogos



Berang dihon, pemandu potong barisan mengamuk, tunjuk isyarat lucah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker