Pemilik kedai kopi hilang ditemui

Pemilik kedai kopi hilang ditemui

Ipoh: Seorang pemilik kedai kopi terkenal di sini yang dilaporkan hilang selepas keluar dari kedainya di Jalan Sultan Iskandar di sini Ahad lepas, ditemukan berhampiran lokasi itu semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, Kamarudin Daud, 58, ditemukan anak angkatnya yang kemudian menghubungi pengadu iaitu menantu lelakinya kira-kira 5 petang.



Beliau berkata, pada hari kejadian, Kamarudin berjalan kaki ke tepi Sungai Kinta kerana tiada arah tujuan, mula terfikir untuk mencari ketenangan dengan beribadat dan mendapat idea untuk pergi ke Pulau Pinang.

“Beliau kemudian pergi ke Pulau Pinang dengan menaiki tren dari stesen Ipoh pada 4.08 petang ke Butterworth lalu ke Georgetown dan menginap di hotel.

“Pada hari Isnin hingga semalam, beliau menginap di hotel yang sama dan pada siang harinya hanya berada di masjid sekitar kawasan hotel sebelum menaiki feri dari Georgetown ke Butterworth untuk mendapatkan tren bagi perjalanan balik ke Ipoh,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Yahaya berkata, sebaik tiba di Ipoh kira-kira 2.30 petang, Kamarudin terus pergi ke Masjid Panglima Kinta untuk mendirikan solat zuhur dan berjalan serta duduk di kerusi hadapan sebuah hotel di Jalan Sultan Iskandar sebelum ditemukan.



Katanya, hasil temu bual bersama lelaki itu mendapati tiada motif khusus beliau menghilangkan diri dan hanya ingin mencari ketenangan dengan cara bersendirian.

Kamarudin sebelum ini dilaporkan kali terakhir dilihat ketika keluar dari kedai kopi miliknya, 9.20 pagi Ahad.

Menurut laporan polis daripada menantu lelakinya berusia 26 tahun, bapa mentuanya keluar dengan membawa barang peribadi dan sebuah beg dan tidak balik ke kedai serta rumah. HM

Pemilik kedai kopi hilang ditemui




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Suami Tengku Maimun buat hantaran negatif, bimbang pengaruhi keputusan pertuduhan – Najib



Amelia Henderson Terlalu Seksi, Peminat Doa Ada Lelaki Boleh Bimbingnya

Penyanyi Lelaki Selamba Cium BCL Atas Pentas Dikecam Netizen



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker