Rina cari publisiti selepas kes Bella tarik perhatian TMJ

Rina cari publisiti selepas kes Bella tarik perhatian TMJ

Rina Harun dikecam selepas melawat seorang kanak-kanak Sindrom Down dalam kes dera, Bella, bersama rombongan media baru-baru ini, dengan aktivis mendakwa menteri pembangunan wanita, keluarga, dan masyarakat itu “mencari publisiti”.

Pengasas bersama Yayasan Chow Kit, Hartini Zainudin, berkata menteri itu hanya melibatkan diri selepas kes membabitkan kanak-kanak 13 tahun itu menarik perhatian Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan isteri, Che’ Puan Besar Khaleeda Bustamam.



“Saya tidak tahu apa motifnya, tetapi pastinya nampak seperti berlumba-lumba untuk menunjukkan bahawa beliau melakukan sesuatu dalam kes penderaan Bella,” katanya.

Nasib malang menimpa remaja perempuan Down Sindrom, Bella, 13, turut menerima perhatian isteri TMJ, Che’ Puan Besar Khaleeda Bustamam.

Khaleeda menerusi perkongsiannya dalam Twitter menyatakan akan berusaha bagi menuntut keadilan bagi Bella.

“Saya akan buat apa sahaja bagi mendapatkan keadilan buat Bella. Saya jelik dengan pengecut yang berfikir mereka boleh buat apa sahaja terhadap kanak-kanak tidak berupaya dan fikir mereka akan terlepas.



“Kamu boleh berselindung di sebalik barisan peguam kamu tetapi akhirnya karma akan tiba kepada kamu di dunia mahupun akhirat.

“Awak pasti akan menjadi contoh pengecut di luar sana supaya tidak memikirkan untuk melakukan perbuatan sama di masa depan,” katanya.

Rina cari publisiti selepas kes Bella tarik perhatian TMJ


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Najib Minta DAP Jangan Politikkan Tragedi Basikal Lajak

Beli Nasi Briyani Daging RM12, Sekali Dapat Daging Meatball 3 Biji



Abang Johan Pelakon ‘Mat Saleh’ Menangis Sebab Ramai…



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker