Subsidi tiket penerbangan ke Sabah, Sarawak jika harga lebih RM599 sehala

Subsidi tiket penerbangan ke Sabah, Sarawak jika harga lebih RM599 sehala

Kerajaan bersetuju melaksanakan bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan sehala bagi kelas ekonomi yang melebihi RM599 dari Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Labuan untuk tiga hari sebelum sambutan Krismas tahun ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata inisiatif itu juga akan diteruskan untuk perayaan utama lain tahun depan.



Katanya, pelaksanaan inisiatif itu dipersetujui pada mesyuarat Jemaah Menteri pada Rabu lalu dan bagi sambutan Krismas tahun ini, bantuan pembelian tiket penerbangan terbabit akan dilaksanakan bermula esok.

“Tiket penerbangan berharga kurang daripada RM599 bagi laluan berkenaan akan dijual pada harga asal yang ditetapkan syarikat penerbangan.

“Bagi tiket penerbangan kelas ekonomi melebihi RM599 pula, kerajaan akan membayar perbezaan antara harga asal tiket penerbangan dan harga maksimum terbabit,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Loke berkata, selain perayaan Krismas, inisiatif terbabit turut diteruskan untuk sambutan perayaan utama tahun depan termasuk Tahun Baharu Cina, Aidilfitri, Pesta Keamatan dan Hari Gawai yang mana subsidi diberi untuk tiga hari perjalanan sebelum tarikh sambutan perayaan.



Beliau berkata, inisiatif sama bagi perayaan pada tahun depan itu akan bermula pada 1 Januari ini.

“Harga tiket penerbangan kelas ekonomi sehala saja yang diberi subsidi ini dan ia tidak termasuk cukai serta fi.

“Mulai tarikh dinyatakan itu, orang ramai boleh membeli tiket penerbangan melalui laman sesawang syarikat penerbangan domestik iaitu AirAsia, Firefly, Malaysia Airlines Berhad dan Batik Air,” katanya.

Beliau berkata, antara terma dan syarat tiket penerbangan adalah perubahan tarikh atau pertukaran penerbangan tidak dibenarkan dan hanya sah untuk tarikh penerbangan ditunjukkan pada tiket, tiada pertukaran nama dibenarkan serta tiket penerbangan dibeli tidak boleh dikembalikan.



“Kerajaan juga akan meneruskan inisiatif lain termasuk memudah cara penambahan penerbangan pada setiap musim perayaan.

“Bagi perayaan Krismas, Kementerian Pengangkutan melalui Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) sudah memudah cara 114 penerbangan tambahan antara Semenanjung dengan Sabah, Sarawak dan Labuan,” katanya.

Ditanya anggaran subsidi ditanggung kerajaan, Loke berkata, ia membabitkan jutaan ringgit, namun tidak dapat memberikan angka sebenar sehingga mengetahui jumlah tiket terjual.

“Impak (subsidi) ini amat besar tetapi kerajaan mahu melakukan yang terbaik demi rakyat kerana situasi yang mana sesetengah penumpang terpaksa membayar sehingga melebihi RM1,000 untuk tiket sehala pulang ke kampung halaman adalah membebankan,” katanya.



Loke berkata, MAVCOM dipertanggungjawabkan untuk memantau pelaksanaan inisiatif terbabit. BH

Subsidi tiket penerbangan ke Sabah, Sarawak jika harga lebih RM599 sehala

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Senarai penuh kabinet baru 2023

Artis seksi akhiri zaman janda, bakal nikah kerabat Raja



Zara sindir genosid di Palestin?

Mayat bogel ditemui dengan banyak kesan lebam

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker