Bomba analisa sampel kenal pasti punca sebenar tiga bangunan SMA Darul Ulum Al-Muhammadiah terbakar
Bomba analisa sampel kenal pasti punca sebenar tiga bangunan SMA Darul Ulum Al-Muhammadiah terbakar

Alor Setar: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sudah menghantar sampel kebakaran membabitkan tiga blok bangunan di Sekolah Menengah Ugama (A) Darul Ulum Al-Muhammadiah di Bachok, Kelantan, Ahad lalu untuk dianalisa.
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM, Datuk Ahmad Izram Osman, berkata pihaknya menghantar sampel berkenaan ke makmal di Terengganu untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian.
“Setakat ini kita siasat ia sebagai berpunca daripada kemalangan berdasarkan dapatan awal siasatan. Dalam siasatan lanjut, memandangkan ia membabitkan bangunan kerajaan, kita perlu teliti semua aspek. Namun buat masa ini, kita simpulkan sebagai kemalangan sementara menunggu keputusan analisis makmal,” katanya pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), di sini hari ini.
Ahmad Izram berkata, selain itu bangunan asrama sekolah berkenaan tidak dikategorikan di bawah keperluan Sijil Perakuan Bomba (FC), sekali gus menjadikan pemantauan berkala oleh pihak bomba tidak diwajibkan seperti premis yang mempunyai sijil terbabit.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Ke-80: Reset Untuk Kembali Segar, Relevan Dalam Landskap Politik Semasa
- Puteri UMNO Adaptasi Aspirasi Anak Muda, Bukan Masa Bernostalgia
- Keyakinan Terhadap Najib Razak Tidak Luntur, Hadapi Perbicaraan – Ahmad Maslan
UMNO Cawangan Perlu Jadi “Rumah Bangsa”, Dekat Dengan Isu Rakyat
“Kita mengharapkan pihak warden atau penyelia lebih peka terhadap aspek keselamatan, termasuk keadaan pendawaian elektrik dan penggunaan peralatan, terutama membabitkan pengecasan gajet yang boleh menyebabkan beban berlebihan (overload).
“Kebanyakan kes kebakaran lazimnya berpunca daripada masalah elektrik atau perkakas elektrik, berbanding faktor lain seperti penggunaan gas yang tidak terdapat di asrama terbabit, ” katanya.
Sekolah yang ditubuhkan pada 1990 itu mempunyai seramai 251 pelajar, dengan 113 daripadanya tinggal di asrama.
Kebakaran itu turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang menyifatkannya ujian besar buat warga sekolah berkenaan dan sudah mengarahkan Kementerian Pendidikan, Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan agensi lain menyegerakan tindakan membantu.
Bomba analisa sampel kenal pasti punca sebenar tiga bangunan SMA Darul Ulum Al-Muhammadiah terbakar
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerajaan Umum Bantuan Tunai Tambahan RM75 Juta Bagi Pengguna Diesel
- UMNO Ke- 80: Digitalisasi Dan Transformasi Dekati Anak Muda – Nur Arina
- Kerajaan Negeri Johor Selaras Isu Rakyat, Pastikan Tindakan Lebih Fokus dan Berimpak
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Agama Bukan Alat Untuk Raih Sokongan Politik Murahan – Shaiful Hazizy
You must be logged in to post a comment.