Suami maut, isteri cedera motosikal rempuh belakang lori ketika ke tempat kerja di Singapura

Suami maut, isteri cedera motosikal rempuh belakang lori ketika ke tempat kerja di Singapura

Suami maut, isteri cedera motosikal rempuh belakang lori ketika ke tempat kerja di Singapura
Seorang penunggang motosikal maut manakala isteri cedera selepas motosikal ditunggang merempuh belakang lori di Kilometer 0.6 Lebuhraya Linkedua arah selatan, petang semalam. – Foto ihsan PDRM

ISKANDAR PUTERI: Suami terbunuh manakala isteri cedera selepas motosikal yang mereka tunggang merempuh belakang sebuah lori di Kilometer 0.6 Lebuhraya Linkedua arah selatan di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan berkata kejadian jam 2.40 petang ketika pasangan suami isteri itu sedang dalam perjalanan ke tempat kerja di Singapura.

Katanya, mangsa berusia 31 tahun disahkan mati ditempat kejadian manakala isterinya, berusia 29 tahun yang juga pembonceng, cedera di kepala dan tangan kiri, dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru untuk rawatan.

“Penunggang motosikal dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar bahagian belakang lori yang bergerak perlahan akibat kesesakan lalu lintas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kumarasan berkata pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan manakala mayat mangsa dibawa ke HSA Johor Bahru untuk bedah siasat.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

UMNO Cawangan Perlu Jadi “Rumah Bangsa”, Dekat Dengan Isu Rakyat


Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian akibat memandu secara melulu atau berbahaya

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat supaya menghubungi Kaunter Aduan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Iskandar Puteri di talian 07-5101322 bagi membantu siasatan.

Suami maut, isteri cedera motosikal rempuh belakang lori ketika ke tempat kerja di Singapura

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Agama Bukan Alat Untuk Raih Sokongan Politik Murahan – Shaiful Hazizy

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker