Tiga penjawat awam disyaki terima rasuah RM500,000

Tiga penjawat awam disyaki terima rasuah RM500,000

Tiga penjawat awam disyaki terima rasuah RM500,000
Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman tiga penjawat awam agensi penguatkuasaan di Sabah selepas disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM500,000 sebagai balasan tidak mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas lori milik syarikat yang melakukan kesalahan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Perintah reman selama tujuh hari sehingga 22 April 202 terhadap kesemua suspek dikeluarkan Majistret Don Stiwin Malanjum selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Tawau, pagi tadi.

Sumber berkata, ketiga-tiga suspek lelaki berusia lingkungan 40 dan 50-an ditahan antara jam 4 dan 5 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM cawangan Tawau.

“Siasatan awal mendapati kesemua suspek disyaki melakukan perbuatan itu antara 2022 hingga 2024 dan menerima wang rasuah melalui transaksi pemindahan wang ke akaun bank peribadi milik masing-masing.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

UMNO Cawangan Perlu Jadi “Rumah Bangsa”, Dekat Dengan Isu Rakyat


“Ketiga-tiga suspek yang terdiri daripada dua pegawai dan seorang anggota penguat kuasa turut dipercayai menerima wang rasuah secara bulanan bernilai kira-kira RM500 hingga RM30,000 seorang daripada beberapa syarikat kenderaan berat,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Kanan (Kawalan dan Penyelarasan Operasi) Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Yuhafiz Mohd Salleh, ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Tiga penjawat awam disyaki terima rasuah RM500,000

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Agama Bukan Alat Untuk Raih Sokongan Politik Murahan – Shaiful Hazizy

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker