Sesak, semua kereta warna putih

Sesak, semua kereta warna putih

Sesak, semua kereta warna putih
Tangkap layar video menunjukkan barisan kenderaan di sepanjang laluan ke sebuah bukit di negeri Himachal Pradesh. – X

NEW DELHI – Satu klip video tular di India memaparkan perjalanan ke kawasan pergunungan yang dibanjiri beratus-ratus kenderaan sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas, lapor portal berita India Today.

Kejadian berlaku di Rohtang Pass, negeri Himachal Pradesh semalam.

Rakaman video dimuat naik di platform X oleh akaun @iNikhilsaini menunjukkan ratusan kenderaan termasuk van dan kereta berbaris di sepanjang laluan yang sempit.

“Kesesakan ini bukan di bandar tetapi Rohtang Pass. Salji belum turun dan bukan musim cuti. Masih berlaku kesesakan lalu lintas yang teruk. Apa sebenarnya yang menarik orang ramai ke sana (bukit)?” demikian menurut keterangan video itu.

Rakaman itu mencatatkan lebih satu juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi pengguna media sosial.

“Perhimpunan kenderaan putih,” kata seorang netizen.

“Kerajaan perlu wujudkan bas awam dan menghalang bas pelancongan di kawasan seperti ini,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Sesak, semua kereta warna putih

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Jangan Lagi Singgung Perasaan, Sensitiviti Rakyat… Ini Masa Untuk Bekerja’

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker