ATM tahan 10 PATI di kebun getah
ATM tahan 10 PATI di kebun getah
BUKIT KAYU HITAM: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menahan 10 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar yang cuba memasuki negara melalui laluan haram di sempadan Malaysia-Thailand di sini, semalam.
Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) dalam satu kenyataan berkata, kesemua PATI itu dikesan di kawasan bawah Sektor Op Benteng Kawasan Tanggungjawab Briged Keenam Infantri Malaysia (KTJ 6 Bgd) kira-kira jam 3.40 petang.
“Pasukan beroperasi yang sedang melaksanakan rondaan telah mengesan dan menahan sekumpulan orang awam dalam keadaan mencurigakan di kawasan kebun getah di sempadan Malaysia-Thailand.
“Hasil pemeriksaan mendapati kesemua 10 orang awam terdiri daripada tujuh lelaki dan tiga wanita berusia antara 21 hingga 49 tahun adalah warganegara Myanmar dan tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah. Mereka cuba masuk ke Malaysia melalui laluan haram di sempadan,” katanya.
Menurut kenyataan itu, turut dirampas enam telefon bimbit, 12 beg, satu pasport palsu dan wang tunai dalam mata wang Thailand dan Myanmar dengan anggaran nilai keseluruhan sebanyak RM3,326.
Kesemua PATI berkenaan kemudian diserahkan kepada Balai Polis Bukit Kayu Hitam untuk tindakan lanjut.
ATM tahan 10 PATI di kebun getah
Baca Artikel Menarik :
- Ku Li ajak rakyat tandatangan petisyen desak Parlimen diadakan segera
- Anak beranak tanam pokok ganja dalam banglow
- Resepi asam pedas ikan pari
- Moratorium bukan automatik dan ada faedah dikenakan
- TMJ minta pastikan tiada rakyat Johor kelaparan
- Keprihatinan DYMM Sultan Johor Terus Membantu Mangsa Covid-19
Layari Laman Facebook MYKMU