Kak Ogy tak petik nama kami pun – Syed Muhammad

Kak Ogy tak petik nama kami pun – Syed Muhammad

“Kami tak jentik orang, ada dalam dunia sendiri saja, sibuk cari rezeki jual laksa dan jarang ada dengan orang lain melainkan keluarga.

“Jadi kenapa perlu dengki, tabur fitnah dan cuba lagakan dengan orang lain sedangkan antara kami tiada masalah,” kata Syed Muhammad Syah Hasif Syed Othman, 32.

Syed Muhammad Syah memberi reaksi itu ketika diminta mengulas mengenai dakwaan dia dan isteri, Fatin Syazwani Ishak, 26, sebagai pempengaruh bermasalah.

Menurut Syed Muhammad Syah Hasif, nama mereka ‘dipetik’ oleh segelintir netizen susulan pendedahan dibuat pelakon dan pengarah berpengalaman, Fauziah Ahmad Daud atau mesra disapa Kak Ogy dalam satu program mengenai sikap dua pempengaruh yang menyusahkannya di sebuah set penggambaran.

Katanya, dia tahu dirinya dan isteri dikaitkan dengan isu itu daripada pembantu peribadi mereka dan pada awalnya tidak mengendahkannya.

Bagaimanapun, Syed Muhammad Syah Hasif mula ambil serius selepas isu berkenaan berlarutan selama lebih seminggu hingga dia kehilangan sembilan tawaran kerja daripada syarikat dan pengasas produk gara-gara dakwaan tidak berasas itu.

“Memang ada orang ‘tag’ saya pada video Kak Ogy di TikTok itu namun tak ambil serius pun tapi semakin hari semakin menjadi sampai ada pengasas produk serta syarikat tarik balik tawaran kerjasama dengan mereka.

“Sedangkan, isu bukan dari kami tapi nama dipetik malah kami tak pernah jumpa, berhubung atau bekerjasama pun dengan Kak Ogy.

“Jadi, saya fikir tak boleh terus berdiam dan Jumaat lalu, saya hantar kiriman mesej di Instagram (IG) Kak Ogy untuk ceritakan kepadanya.

“Kak Ogy terus hubungi saya maklumkan terkejut dengan fitnah dilemparkan dan tak sangka ia jadi isu panas. Dalam perbualan itu, Kak Ogy beritahu saya dia akan buat video khas untuk membersihkan nama saya dan semalam beliau sudah pun muat naiknya di IG,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Syed Muhammad Syah Hasif berharap, apa yang berlaku tidak berulang kerana boleh menutup periuk nasinya yang turut mencari rezeki dengan menjual laksa.

Katanya, bukan mudah dia dan isteri membina nama di laman sosial tetapi dengan mudahnya dirosakkan oleh individu yang sengaja mewujudkan persepsi negatif terhadapnya.

“Bila ada isu negatif, orang anggap semua pempengaruh sama dan mungkin kaitkan kami kerana saya dan isteri sering berdua.

“Lagipun, nama kami pun pernah digugurkan sebuah syarikat produksi sebelum ini tapi itu bukan kerana masalah disiplin.

“Tapi apabila ada isu, nama kami pula dipetik tapi saya dan isteri hormat dengan Kak Ogy kerana bantu jernihkan keadaan malah sangat merendah diri walaupun beliau popular serta orang lama dalam industri,” katanya. HM

Kak Ogy tak petik nama kami pun – Syed Muhammad

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tinggalkan solat Jumaat kerana bermusafir, ini hukumnya

Ruhainies baru balik umrah kan, kenapa seksi sangat? (Video)

Boikot Starbucks, Berjaya Food rugi RM 33.16 juta suku ketiga

Isteri menjadi dosa jika lakukan 2 ibadah ini

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker