Penduduk dunia tidak mahu terlalu kaya, cukup RM44 juta sepanjang hayat

 

LONDON – Satu kajian baharu mendedahkan bahawa majoriti penduduk dunia tidak mahu bergelar bilionair atau mengimpikan kekayaan yang sangat luar biasa, lapor portal berita MailOnline semalam.

Pasukan penyelidik kajian berkenaan berkata,  majoriti orang ramai tidak mahu kekayaan melebihi AS$10 juta (RM44 juta) untuk menjalani kehidupan yang ideal.



Keputusan kajian turut menunjukkan bahawa prinsip ekonomi dinamakan  kehendak tanpa batas bahawa manusia mahukan wang dan harta benda tanpa had bukan sentiasa benar.

Ketua Pegawai Eksekutif Tesla dan SpaceX, Elon Musk merupakan manusia paling kaya di dunia ketika ini dengan nilai kekayaan bersih berjumlah AS$216 bilion (RM950 bilion).

Namun, kebanyakan responden secara idealnya selesa memiliki aset yang jauh kurang daripada kekayaan Musk, mungkin kerana berpendapat bahawa jumlah yang sangat besar itu dianggap tamak.

Kajian baharu itu diketuai oleh ahli psikologi  Universiti Bath, Bath Spa dan Exeter di England dan diterbitkan dalam jurnal Nature Sustainability.



Dalam  kajian itu, pasukan penyelidik melakukan tinjauan terhadap 7,860 orang di 33 buah negara yang merangkumi enam benua untuk melihat berapa banyak wang yang mereka mahukan untuk mencapai kehidupan  ideal.

Majoriti responden berpendapat bahawa mereka akan mencapai kehidupan ideal apabila memiliki kekayaan cuma AS$10 juta, malah di sesetengah negara, nilai kehidupan ideal responden adalah serendah AS$1 juta (RM4.4 juta). – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Faziani Dnars mati dibunuh?



Wak Doyok, Fizo Omar Diminta Bertaubat Giatkan Promosi Forex

Kecantikan Anak Che Ta Macam puteri Zaman Dulu



Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker