Kerap Sangat Jadi Mangsa Tipu? Ketahui 5 Cara Baca ‘Body Language’ Si Pembohong!

Kerap Sangat Jadi Mangsa Tipu? Ketahui 5 Cara Baca ‘Body Language’ Si Pembohong!

HAKIKATNYA tidak ada sesiapa pun yang suka dibohongi namun adakalanya keperibadian setiap individu yang sukar dijangka membuka ruang ke arah itu.

Namun daripada sudut psikologi, ada banyak cara untuk mengenal pasti individu yang gemar berbohong!



Dr Darren menjelaskan meskipun begitu terdapat cara untuk mengenal pasti sama ada seseorang itu sedang berbohong atau pun tidak, termasuklah;

1. Kontak mata berlebihan

Kita sering menganggap seseorang yang sedang berbohong tidak berani menatap mata orang yang ditipunya. Padahal kata Dr Darren, seorang pembohong lebih kerap membuat kontak mata ketika cuba menyakingkan orang yang dibohonginya.

2. Banyak berkedip

Dr Darren menjelaskan pembohong lebih cenderung mengedipkan matanya lebih kerap ketika berbohong sehingga adakalanya sebanyak dua ke tiga kali lebih banyak dalam seminit.



Kerdipan mata dapat dijadikan tanda seseorang sedang berbohong dan ia tanda-tanda yang perlu diperhatikan jika merasakan seseorang berlaku tidak jujur dan menipu.

3. Berpeluk tubuh

Orang yang gemar berpeluk tubuh ketika berbual boleh menjadi petanda ia sedang berbohong kerana ia cuba mencipta ‘halangan’ dalam usaha membataskan diri dengan orang yang ditipunya.

4. Bertikam lidah

Kebiasaan bertikam lidah sering dilakukan oleh ahli politik ketika berdebat atau berhujah tentang sesuatu dengan pihak lawan.



Cara yang sama juga ternyata dilakukan oleh seorang pembohong kerana dengan cara itu mereka cuba mempertahankan diri daripada diketahui sedang berbohong atau cuba mengelirukan orang lain.

5. Perubahan nada suara, sukar jawab soalan

Tanda-tanda seseorang itu sedang berbohong boleh dikaitkan dengan caranya bercakap. Dr Darren menjelaskan nada seorang pembohong biasanya berubah-ubah apabila mereka tidak jujur.

Biasanya nada suara mereka akan jadi lebih tinggi atau tergagap-gagap apatah lagi ketika menjawab soalan selain cuba bermain dengan kata-kata bagi mengelirukan orang lain.



Kerap Sangat Jadi Mangsa Tipu? Ketahui 5 Cara Baca ‘Body Language’ Si Pembohong!

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Faziani Dnars mati dibunuh?

Wak Doyok, Fizo Omar Diminta Bertaubat Giatkan Promosi Forex

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker