Tengku Hassanal minta ‘Mak Nurse’, doktor ikhlas buat kerja

Tengku Hassanal minta ‘Mak Nurse’, doktor ikhlas buat kerja

KUANTAN – Jururawat dan doktor di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) dinasihatkan agar ikhlas menunaikan tanggungjawab dalam perkerjaan semasa memberi perkhidmatan kepada pesakit.

Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengamanahkan seluruh warga HTAA menjaga hospital itu sebaiknya.



“Saya ingin memberi nasihat kepada warga hospital dan pihak kerajaan tolonglah jaga hospital ini sebaik-baiknya.

“Tolong jaga orang yang sakit dengan betul, khususnya kepada Mak nurse, doktor tolonglah, berikhlas-ikhlaslah apabila buat kerja dengan tanggungjawab, itu ingatan saya nak bagi kepada semua.

“Kalau ada apa-apa masalah hospital teruslah buat aduan kepada pihak kerajaan, orang yang ditentukan,” titah baginda pada majlis Pengurniaan 160 Kerusi Menunggu kepada HTAA, di sini, hari ini.

Ia bagi menggantikan 135 set kerusi yang rosak dan 25 set lagi sebagai tambah untuk keselesaan pesakit yang menunggu giliran.



Tengku Hassanal turut menzahirkan HTAA dekat di hati baginda dan keluarga diraja sejak dari kecil yang mana beliau telah diputerakan di sini pada 17 September 1995.

Sebelum ini, dilaporkan kerusi di ruang menunggu Jabatan Kecemasan HTAA kelihatan terlalu uzur sehingga mengundang ketidakselesaan dalam kalangan pengunjung selepas isu tersebut tular di Tik Tok. MG

Tengku Hassanal minta ‘Mak Nurse’, doktor ikhlas buat kerja

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Shidee yang ditahan polis

Safee Sali mengaku kahwin lain



Hans Isaac tak malukah – PN

Lantikan penjawat awam baharu setara sistem pencen



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker